Tuesday, June 8, 2010

LIFE BCOME 30

Seperti tertera pada tajuk,lagi 2 tahun aku bakal menginjak ke umur 30 tahun.Ini bermakna tahun ini umur ku 28 tahun. Pada usia ini jugalah,bermulanya perjalanan hidupku mempunyai karier yang tetap. Sebelum ini setelah bergraduan, aku hanya bekerja berstatus kontrak dan sambilan sebagai Pembantu Penyelidik di salah satu IPTA di negara kita selama lebih kurang 3 tahun. Pelbagai pengalaman aku dapat apabila berkerja 'berbos' kan seorang yang digelar pensyarah. Ada suka,ada duka.Ada tangis, ada tawa. Ada caci, ada pujian. Bukan aku tidak berusaha untuk mencari pekerjaan yang lain ketika itu, mungkin tidak ada rezeki. Saudara mara ada yang mengejek, ada degree tapi tak dpt kerja. Aku hanya diam kerana aku tahu suatu hari pasti rezeki itu akan ada untuk ku.Tak pernah aku impikan bergelar seorang guru.Tapi inilah takdirnya. Aku seorang guru.Rezeki ku di medan pendidikan.