Saturday, November 20, 2010

Number Of Roses

Sebut pasal bunga rose, aku tau tak semua org perempuan suka sebenarnya..Dulu masa aku skolah, adalah kawan aku ni ngah angau becinta. Boyfren dia duk post surat pakai alamat kenkwn yg duk luar. Almaklumlah kalo bg alamat skolah, warden asrama yg baca dulu.Mesti la kantoi kan? Boyfren dia siap bg bunga rose kering masuk dalam sampul surat. Aku ni perhatikan je. Kalo aku jadi dia, baik aku mintak coklat drpd bunga. Kalo coklat bleh gak bila aku makan menghilangkan stress. Kalo bunga, kering, besepah, busuk..eeee..rugi. Aku merungut sensorang. Padahal sbnrnye cemburu..hahaha....

Sedikit informasi yg aku translate untuk tatapan pembaca blog aku yg budiman tentang makna yg tersirat disebalik bilangan bunga rose yang telah atau bakal anda terima daripada org yg tersayang, kekasih gelap, shuben @ sugardady, anak ikan dan sbgnye. Rajin plak aku nak translate. Bukan apa...tak semua org faham english language ni..mcm aku.....huhu..


1 kuntum : Jatuh cinta pada pandang pertama. Sekuntum bunga rose, tidak kira warna apa, ia menggambarkan kesetiaan yang begitu agung kepada pasangannya. Dia macam menggambarkan seluruh jiwa ragaku, ku serah padamu. Gitu la....

2
kuntum: : Antara anda dengan pasangan mempunyai perasaan yang sama iaitu saling mencintai dan ingin bersama dalam dunia anda berdua sahaja. Lebih kurang la cam gitu. Ianya lebih bermakna jika bunga rose itu berwarna merah.

3 Kuntum: Ia menggambar 3 perkatan dalam percintaan yang paling famous iaitu "aku cinta kamu" atau omputih kata 'i love you'. 

5 kuntum:  I love you very much @  Aku sangat cinta kamu.

6 Kuntum : I love you, I miss you.@ Aku cinta, aku rindu. Lambang kezahiran yang diperlukan untuk dicintai dan dihargai.

7 Kuntum : Aku mabuk/angau/gila bayang dengan kamu. [Ni kalo exbf or duda korang datang merayu2,suh la dia bg kt ko bunga 7 kuntum.haha]

9 kuntum: Bersama hingga ke hujung nyawa.

10 kuntum : Kamu seorang yang cantik.bukan kacak eh..tak sesuai.

11 kuntum: Kau bagaikan harta yang paling berharga dalam hidupku.  Ayat macamni sll digunakan utk meyakinkan kepada pasangan kita bahawa cinta kita begitu mendalam kepada dia.

12 kuntum: Be my steady @ jadi gf/bf secara berterusan/tetap.

13 kuntum: Kawan sampai bila-bila. Juga boleh melambangkan ada kekasih senyap atau secret admire menunggu utk blind date/ bertemu.

15 kuntum: Saya mintak maaf sangat-sangat.

20 kuntum : Saya ikhlas terhadap awak .

21 kuntum: Saya betul-betul nak kat awak.

24 Kuntum : Kau sentiasa didalam fikiranku. 24 kuntum ini juga melambangkan 24 jam kau memang ingatkat dia je..takdalah ko ingat nak berak ke, nak makan ke, sms awek 1 lagi ke...

36 kuntum: Saya akan mengingati setiap detik romantis kita. 

40 kuntum : Cinta saya adalah luhur dan suci.perkataan lain benar,telus, tak la tipu punyer...

44 kuntum: menjaminkan kesetiaan yang berterusan dan cinta ini tidak akan berubah.

50 kuntum: menunjukkan cinta yang telah matang dan ia tidak akan ada penyesalan keatas pasangan kita.

99 kuntum: Aku cinta padamu sampai aku mati.

100 kuntum Aku benar-benar setia pada kamu. Menunjukkan paduan 2 pasangan yg sehati sejiwa dan sanggup bersama sehingga mati atau beribu tahun sekalipun.

101 kuntum: Kaulah satu-satu milikku.

108 kuntum: Sudikah kau mengahwiniku?

365 kuntum: Aku mencintai mu setiap hari.

999 kuntum: Cintaku akan berakhir sehingga penghabisan

1001 kuntum : Menzahirkan kesetiaan cinta selama-lamanya.

Friday, November 19, 2010

BERTEMU PAKAR. [AMARAN : UNTUK MEREKA YANG SUDAH BERKAHWIN SHJ]

8.45 pagi, aku tersedar dari tidur yang lena...langsung tak bersolat Subuh kerana kesiangan. Aduh, pukul 9.00 pagi ada appointment dgn pakar sakit puan kt Klinik Azzahra Bangi. Aku bergegas mandi dan wakyeh menunggu giliran sambil menonton TV..Dalam pukul 9.45 pagi barulah kami bertolak menuju ke klinik dengan perut yang lapar sbb belum bersarapan.

Sampi di klinik, mak ai, ramainye orang.....Aku ke kaunter untuk mendaftar dan ambil giliran. Aku duduk dan tidak lama kemudian. nama di sebut untuk mengambil tekanan darah dan berat badan. Misi tu kata sepatutnya aku datang semalam sebab rawatan susulan elok dibuat masa hari ke 10 atau ke 12. Hari ni dah hari ke 13. Hari tu doktor kata datang hari ke 13...lantakla, jawab aku dalam hati. Lagipun kan raya. Kau pun ckp doktor takda semalam. Selesai misi mengambil apa yg diperlukan dari aku siap timbang berat skali. Berat????? mmmmm...tak turun pun...HAMPOOOO...ini la kesan makan rendang banyak sgt!! Tiba-tiba menyalahkan rendang.

Aku tunggu lagi dalam 20 minit. Kata misi kalau nak pegi bekpes, pergi la dulu. So aku ngan wakyeh mengatur langkah dengan sopan menuju ke kedai makan berhampiran dengan perasaan tidak sabar utk makan dengan lahapnya....Selesai makan, kami kembali ke klinik. Jam 12.10 pm, baru giliran aku berjumpa doktor sampai. Lama juga tunggu...

Dalam kamar doktor bernama Azlina, aku merasa selesa kerana doktornya perempuan. Beliau menyemak laporan pemeriksaan sebelum ini. Dan mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan kedatangan haid aku yang terkini. Selesai sedikit penerangan, doktor ingin membuat scan pada rahim. Aku mengikut seperti yang disuruh doktor dengan berbaring di atas katil yang disediakan. Wakyeh ada bersama memerhati dari sudut sesuatu...hahaha..mcm seram je perkataan sesuatu tu...okey, kembalikan mode anda.... Sambungnye. Setelah semua alat dipasang dan cecair dilap di atas ari2 betul2 bahagian rahim, doktor meletakkan alat scan. Bestnya nampak rahim sendiri dengan berlatar belakangkan black and white color pada monitor mesin tu...doktor kata tak clear sgt. Dia mintak keizinan aku tuk membuat scan dengan memasukkan alat scanner tu melalui faraj aku. Aku pun mengiakan. Sebab doktor tu perempuan. Lagipun pun, 1st level td dia dh buat aku selesa utk dapatkan rawatan dan menerima perundingan dari dia. Why not kalau dia nak masukkan alat itu ke dalam faraj aku untuk tujuan perubatan.

Apabila persetujuan telah dibuat, doktor meminta aku kencing dahulu. Aku ngan wakyeh pun keluar. Aku tunggu di hadapan pintu dalam 2 minit. Aku macam keliru di situ. Doktor suruh aku kencing, tapi dia tak bagi bekas tadah kencing tu??? Aku bercakap dalam hati. Aku ketuk bilik doktor dan bertanya "Doktor, u just minta i kencing terus buang or i kene masuk sedikit untuk urine test?"....."U just kencing n let them out!!"..."ohhh, okey".sedikit peel sengal aku di situ yer!!..choi!!

Setelah selesai membuang hajat, aku menuju kembali ke bilik doktor & let her knows that am ready. Cehhhh.....tadi mase kencing, duk pikir mesti sakit bila alat tu masuk.Aku bayangkan dia macam alat ada jarum atau besi halus masuk ke dalam kemaluan mcm citer Alien...scarryyyyyyyyyyyyy!!!! Aku tersedar dari lamunan....

Aku baring di atas katil dan menanggalkan segala seluar yg aku pakai.Aku baring sajor menunggu doctor menyiapkan diri dengan kelengkapan sarung tangan, alat pelincir dan mesin scanner. Aku perhatiankan perbuatan doktor. Aku taktau binatang tu nama apa. Lepas aku tengok kat google, nama dia VAGINA ULTRASOUND.
                                                           Rajah 1: Vagina Ultrasound.

Doktor masukkan V.U ke dalam faraj aku. Tak la sakit pn. Macam lagi selesa dari tettttttt....Faham-faham la yer. Dr situ doktor scan untuk melihat kedua2 kiri dan kanan kilang telur aku iaitu ovari. Doktor kata saiz telur aku normal dan ianya sangat bagus. Dalam hati aku kata, AWESOME!!!!!!!! Alhamdulillah semuanya normal.


Doktor kembali memberi perundingan dan kali ini khidmat perundingan untuk wakyeh juga. Doktor minta wakyeh memberi sampel air mani untuk diuji tahap kecemerlangannya..hahahaha..macam result periksa pulak. Adalah beberapa perkara yang diperdebatkan dan diperbincangkan....Antara soalan yang diutarakan ialah:

1) Walaupun saya tidak puas, telur saya dan berudu dia masih boleh bercantum ke?
 Jawapan: Ya. Masih boleh.

2) Tiap kali saya bersama, saya selalu sakit. Lepas tu, dah puas tapi bila alat itu dimasukkan mesti saya sakit. Kenapa yer?
Jawapan: Actually it normal. U jgn fikirkan tentang sakit yang bakal u hadapi sebelum zakar masuk ke faraj u. Bila u sudah puas, then u trus pikir, air u akan mula kering dan otat pada faraj u akan mengendur. So the best way is u kene buang jauh2 perasaan takut sakit tu.

Itulah antara soalan yang diutarakan ketikan sesi perundingan yang dibuat. Mesti kenkawan aku yg sangat rapat dengan aku mempunyai perasaan pelik kalau baca post aku yang nie kan..Mesti diorg kata "takkan baby tak tau benda ni??" or "eh, baby tak penah ke rasa sebelum ni. ingatkan advance!!"....HELLO, MAK KAWIN NGAN WAKYEH DENGAN BERDARA, OKEY!!!!!!! Pengakuan julung kali diadakan. Dalam ramai kawan2 rapat, hanya sorang je yang tahu siapa aku dalam kehidupan aku yg pada luaran seperti AMAREKA tp sebenarnya AKULAH WANITA MELAYU TERAKHIR!!! nama org itu tetttttttttttttttttt....rahsia. Dia baca post ni, mesti dia gelak sorang2 kat opis!!!

Selesai saja aku bayar bil dengan berjumlah RM160.00. Ini adalah rawatan kali ke 2. Rawatan kali pertama lebih kurang macam tu jugak jumlahnye..Kalo ada kenkwn yang nk tau knp smpi harga macam gitu, kasi tau aku..nnt aku terangkan....

So, post kali ini tujuannya untuk berkongsi pengalaman. Siapa yang rasa tak selesa, mintak ampun dan maaf la yer......TITIK!!!!!

Thursday, November 18, 2010

MENGIRA-NGIRA......

Mengira-ngira keiginan dan nafsu serakah utk mendapatkan apa yg dihajati dan menjadi impian sekian lama:

1) HP mcm blackburrey tp tak mau AP/Cina punye 1 tuk aku,1 tuk wakyeh.
2) Perfume Original BVL/ The One D&G
3) Kasut gi skolah cap MARRIE CLAIRE
4) Beg/clutch GUESS color pink/black kt parkson grand sbb ade sale
5) Jam tangan GUESS yg original bukan kat downtown
6) Tudung FAREEDA
8) Set penjagaan wajah CLINIC
9) Makeup set Revlon. (wlupn org bangga cap lg mahal,setakat revlon ader aku kesah?)
10) set meja makan kerusi tinggi tuk 6 org.

Ada lagi sbnrnye...ini je yg tersenarai..ngah menahan sabar smpi bulan depan....END YEAR SALE!!!!