Monday, November 26, 2012

Soalan Jawab Premium Beautiful

Cover photo utk page kamek. Dijemput hadirin & hadirat skalian utk join.

Penulisan tengah malam sungguh.
Ayang ucuk dh lena kat sebelah ni.
Boleh la menambahkan lagi penceritaan kt blog.
Semoga dapat dikongsi bersama.
Sambil-sambil menaip, cerita ALAMAK TOYOL ngah besiaran di Astro Citra.
Sekeyriiiissssss la sgt!!!
I promote citer tu plak.

Sebenarnya entry kali ni, i nk buat bermotifkan kepada byk rengekkan manja & rungutan sendu dari kawan-kawan & customer  ttg payahnya & hazabnya nk pakai Premium Beautiful. Sampaikan ada yg kata menyesalnya beli.
Masa beli tu serius rasa mcm, "akan aku buktikan aku boleh berjaya!!!"
Iklan ape ek tu???
Sebenarnya kawan-kawan semua, nak pakai korset Premium Beautiful ni dia ada knowledge yg tersendiri. Uolz bleh rujuk kt entry bwh ni.Klik jer.

Cara Nak Pakai Premium Beautiful



 Terus kepada topik la..Premium Beautiful

 Soal Jawab Premium Beautiful 
 
 Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?
Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.

Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?

Sampai camni yer?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.

Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?


Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.

Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.

Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?


Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.

Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya melimpah keluar?
Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.

Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful, payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?
Saiz payudara mungkin akan berubah berpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang. Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah payudara yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.

Bilakah Long Brassiere Premium Beautiful sesuai dipakai? Apakah tempat yang sesuai untuk memakainya?
Anda akan memperolehi kesan yang terbaik sekiranya anda memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari. Apabila bentuk badan sudah dikekalkan, anda boleh memakai Long Brassiere Premium Beautiful bersama-sama dengan singlet, skirt atau seluar pendek mengikut kehendak anda. Namun, sekiranya anda tidak dapat memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari, anda boleh memilih untuk memakainya bila-bila masa sahaja misalnya semasa anda menghadiri majlis perkahwinan atau majlis makan malam. Ia dapat menonjolkan bentuk badan yang langsing dan menarik.

Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar , maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.

Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist nipper?
Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda memakai pakaian yang ketat, waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik.

SUMBER
Hai-O Marketing

 If interested dgn Premium Beautiful
Just Contact Me 
012-3384419


Bandung Trip!!!

Halooooo...halo BANDUNG!!!
 Lalalalala......
Entah apa lg lirik dia. 
Last week dr 21 till 23 Nov 2012 i ngan my sis, Noorul Muharamiah Anuar yg merupakan founder  Inez cosmetic ~ Malaysia  bersama suami masing2 buat trip ke BANDUNG. Alang2 my sis nk gi ambik stok dia kt cna, i pn join la skali.
 Lagi pn i nk cukupkan trip 3 kali setahun gi becuti oversea.
Tahun ni, yg dekat2 dulu. Ada rezeki thn depan, mungkin EROUPE plak.

Baru sampai airport Bandung





Kt luar airport. Time ni sejuk cam kt Cameron Highland. Lgpn br jer hujan,
Ayang ucuk i yg teruja nk ke Bandung


1st, i nk criter pasal hotel yg kami menginap.
Ini mmg hotel bajet la.
Murah mmg murah.
Tapi mcm xbrp best.
Sebab dia nyer servis x brp best.
(brp byk best plak)
Air panas pn sll xda.
So weol yg ala2 takut mandi air sejuk ni, sgt la memerlukan air panas.
Kenapa ntah tido cni?
Jawapannya kalo kite tido hotel best nnt xleh buat keje.
Nak duk dlm hotel jer.
That time i teringat trip melancong ngan HAI-O yg sgt la bestnya.
Pergi sendiri, bajet2 jelah.
Mmg kali ni kami bukan dlm mode bercuti.
Inilah hotel dia.
Ini cafe dia. Weol bekpes dlm ni. Menu dia lite2 jer.

 Kat area luar hotel ni ada lah org jual2 tu.
Tp seperti biasa mmg tidak rekemen tuk beli dr gerai2 kecik yg mcm pondok2 tu.
Sbb kualitinya sgt out.
Ntah knp xbleh masuk dek tekak.
Gerai2 tepi jalan kt Malaysia ni bleh plak beli, kan???
Timbul tanda tanya disitu.
But dont worry.
X jauh dari situ, di sebelah kiri hotel ada 1 kedai ala2 7eleven.
Boleh cari air mineral, roti @ keperluan yg lain.



Dalam van supir...Ini bukan supir..Ini ayang ucuk i!!!!

 Lps dh dpt supir, kami trus dibawa ke tmpt ambik stok barang biz my sis.

Gerai-gerai tecik-tecik


Kat Malaysia pam tayar free & bleh pegi kt mana2 stesen minyak. Tp kt cni pam tayar kene bayar. & kt tepi jalan jer servis dia bg.
Bapak-bapak beca
Motor juga menjd pengangkutan utama penduduk cni. Tp xda istilah rempit uolz...
Hujan & kesesakan lalu lintas kota Bandung


Kat bwh ni gambar tmpt weol makan tengahhari. Supir yg bawak..
Dah lapar sgt smpi kami gigil tau. 
Restoran mmg cantik la.
Sgt beridentiti Indonesia.
Restoran ini base masakan dr bangsa sunda.
Kebanyakkan yg dtg cni golongan elit jer.
Aaaaa...oooo wohooo, cara mu & cara ku....
Restoran Sunda












Itu dia DJ Dassky. Tak keudara hr ini ya pak??
 This is my sis nye hubby.
Inilah DJ Dassky yg bertugas kt radio Selangor.fm
Nak tuju lagu boleh jer...

My sis small happy family.

Eat..eat.....(lapar dia)


 Selesai makan, kami pn bergerak ke Pasar Baru, Kota Bandung.
Gi intai-intai kain jap.


Supir bawak kami ke sini sbb dia akan dpt tips dr setiap owner kedai kalo dia bwk pelancong ke kedai tersebut. Korang jgn lurus sgt. Byk lg kedai kat dalam tu.

Mangsa telah terlantar kepenatan.



Muka dh berminyak badan dh belengas.
Balik ke hotel.




Hari kami nk balik ke Malaysia sempat lagi bergambar dgn supir, Pak Dudi. Pak Dudi ni salah sorang tako (tokey) van sewa kt sekitar Bandung




Tibalah hari nak balik.
Sblom sampai airport, ayang ucuk i dh siap asingkan duit airport tax spy senang x  kelam kabut.
Tax ni WAJIB dibayar oleh setiap pelancong yg dtg ke kota Bandung. 
Sebagai tanda sumbangan kita utk pembangunan rakyat di Bandung. 
(agaknya lah)



 Posing2 kt airport.








Ok....
Itu aja nk cerita.
Tapi ada benda yg perlu i pesan utk uolz kalo nk ke Bandung.



Perkara yang perlu diambil tahu sebelum ke Bandung:
  • Tukarlah wang secukupnya di Malaysia sblom ke Bandung.
  • Tinggalkan sgl barang kemas anda di Malaysia. Sgt merbahaya utk bw bersama.Kalo pakai brg kemas nnt susah nk dpt diskaun!!! hahaha
  • Asingkan siap2 duit shopping, duit hotel, makan,upah supir & duit aiport tax. Sediakan skali duit dlm Malaysia. Manalah tau kalo nk tukar di saat2 akhir. Uol akan meracau kalo duit x bwk secukupnya. Hahahaha.
  •  Sampai di sana, boleh beli simpact bejenama simPATI. Harga dia rp50,000.
  • Duit Rp 50,000 & Rp5,000 sgt mengelirukan. Jd hati2 bila mendpt baki dr penjual.
  • Hati-hati juga dengan wang baki yg anda terima krn kalo nasib x baik uol akan jumpa penjual yg tidak jujur dgn tidak memberi balance duit..Dia akan kata 'buk, tiada bakinya!!'. Uol kene tegas, smpi dia bg balance wlupn Rp500. 
  • Bab makan, uolz xyah la beli yg dijual tepi2 jln tu..Totally kurang baik utk kesihatan.Nak makan carilah restoran yg proper.
  • Majoriti penduduk Bandung Islam, tp perlu juga hati2 ada restoran yg jual IBAB!! itu restoran non muslim.
  • Kebanyakkan restoran akn ada menu yg harganya utk pelancong shj. Menu utk org tempatan harganya lebih murah.
  • Hati2 dgn pencopet.
  • Elakkan dr berada di kawasan padat ngan manusia. 
  • Penduduk di cna masih percaya dgn animisme. Amalkan baca ayat kursi, ayat sulaiman  & ayat terakhir 4 bismillah sepanjang ke sana. Insyallah, Allah akan melindungi keselamatan kita di cna.


Walau bagaimana pun, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.

Till meet again.