Ayat tajuk di atas adalah dialog yg dikeluarkan oleh owner sebelah umah sewa aku ni. Dia baik punya sound wakyeh ngan ayat gengster estet dia. Korang mesti tetanya2 apakah cerita sebenarnya, kan???? jeng...jeng..jengg~~~
Cerita dia camni. Lepas berbuka kt umh ibu, aku ngan wakyeh balik la ke rumah. Aku nampak owner sebelah rumah tengah berdiskusi ngan 1 family ni. Dalam hati aku, terdetik jugak takkan penyewa umah dia yang baru kot.Yang ada dalam rumah tu pun elok je duduk. Lantak la diorg.Malas campur. Lagipun owner tu kaki tingtong. Aku masuk umah terus pergi bilik air nk buang hajat & ambik wuduk. Aku dengar wakyeh berckp ngan org. Aku jerit la tanya sapa tu. Dia kata family yang berborak dgn owner umah sebelah nak jumpa aku. Aik, ape kehenye ni????
Aku lom sempat nak bersolat, terus gi jumpa family tu. Katanya dia nak menyewa umah sebelah ni tapi nak tau umah tu ok ke tak. Owner tu kata penyewa yg duduk skang susah nak bayar. Aku cam terpikir plak, penyewa sebelah ni takkan payah nak bayar kot pastu sama kaum plak ngan owner. Lagipun penyewa tu bekerja elok je, sbb dia pakai keta pesona, aku mcm pikir diorg keje okey la & gaji stabil. Aku tak penah bertegur ngan jiran sblh sbb dia pandang aku pn taknak.
Tengah aku berborak dgn family tu, wakyeh pn datang menyampuk. Dgn bersungguh & siap gaya pertandingan bercerita, wakyeh bgtau masalah sbnr rumah tu dgn family ni yg kami difahamkan br smpi dr Kuantan 3 hari lepas sbb si suami transfer ke Putrajaya. Last minute nk cari umah. Bila family ni dengar je wakyeh nye cerita, trus diorg rasa berat hati & tak jadi nk menyewa. Diorg pn berbincang ngan owner tu balik & bgtau tak jd nak sewa. Mengamuk owner tu. Hahahaha...padan muka. Sebelum ni, kau dtg kutip duit tak kene mase, kenkdg smpi tengah malam siap gegar pagar umah tu mabuk2 ,mintak duit ko nk beli todi, kan???...Wakyeh bercerita ngan family ni pn niat nk membantu. Kesian diorg terdesak nk cr umah sewa, dpt plak owner yg mcm takde etika ni. Memang tu umh dia. Tapi beragak la bai, ko nk collect duit sewa tengah bulan, tengah2 malam ngan kau mabuk lagi. Sib baik kejadian sblom ni si adik tlg leraikan. Pastu halau penyewa sblom ni taknak pulangkan deposit. Mmg psiko la dia.
Bila dh family yg tadi tu kata tak jd. Owner ni mengamuk la.Dia siap maki lagi & ckp kitaorg cerita buruk pasal dia. Then owner tu blah ngan keadaan marah. Pastu family ni pn gi la tanya penyewa yg masih ada di rumah itu. Penyewa tu pn cakap better dont la. Cari la rumah lain. See.....we huv an evidence yg owner tu bermasalah sbnrnya.
Family tu lepas dh borak ngan penyewa td, dia dtg umh aku plak bgtau yg dia tak jadi nk sewa. Kami pn jemput la diorg masuk...Aku hidangkan air teh o panas. Tengah aku duk tuang air, aku nampak org berkulit hitam berbaju biru kt luar panggil aku suh dtg kat dia...Alamak...owner psiko dowh!!!! Aku kata kejap. Aku suh wakyeh kluar pergi tanya dia nak apa. Aku plak dh tak tentu arah. Aku plak kluar. Ape yg aku dpt tangkap ayat dia " Td itu org ckp mau sewa rumah, lepas dia jumpa u trus dia tak mau. U ckp apa sama dia??? U cerita buruk pasal saya?? U jgn main2 aa. Saya panggil ketua kampung datang jumpa sama u. U jgn ingat sy tak tau u pn sewa ini rumah" Pastu dia blah naik keta iswara biru. Wakyeh pun jerit " Oiii...tunjuk samseng plak". Aku rasa dia ni salah org la nak gertak...Kami memang la menyewa kat sini tp umh yg aku sewa ni umah pakcik aku, parent aku duk kat jln belakang ni jer...ko pehal plak nak sound camtu. Si wakyeh ni mmg dr lahir dia duk Sg Ramal ni..Bapak aku plak, tak yah cakap la, nang pu ti nang kwee puti kwee. Malas nk kasi tau. Pastu ape kaitan ko ngan nk panggil ketua kampung dtg ke taman perumahan ni??? Kang wakyeh panggil ketua imam sg ramal yg duk depan umah kami ni, ajar ko mengucap, baru tau!!!...Nak tunjuk samseng....cetttt!!!
Lepas owner tu berambus dlm kebengangan, family td tu plak dah cemas. Tangan aku dh menggigil sms abah ngan adik...bgtau ada owner sebelah umah dtg menyerang.Dia tak sangka plak bleh jd smpi gini. Niat nak cr umah sewa jer. tup..tup...balah pulok.....siyer kok dio. takde rezki..
So, korang berhati2 dengan owner umah sewa yer. nasib2 la dpt yg tak baik..yang penting agreement.
k...till here
Blog ini adalah tentang bagaimana Premium Beautiful boleh mengubah penampilan anda & memberi penjagaan kesihatan yang baik. Selain itu, anda juga berpeluang mengetahui bagaimana PREMIUM BEAUTIFUL boleh membantu anda menjana pendapatan bulanan sehingga nilai mencecah 6 angka.
Wednesday, August 11, 2010
Monday, August 9, 2010
EKAU KONO SABAR BANYAK-BANYAK
Alhamdulillah, kita masih diizinkan Allah utk bernafas di buminya ini sehingga ramadhan kali ini.Moga ramadhan yg akan dtg,kita masih bisa benafas lagi.
Aku mcm biasalah, bulan posa ni maybe berbuka bersama kat umh abah & ibu. Tompang sekaki.hahah...Duk pikir, skang ni sepatutnya aku yg bagi makan & minum kat ibu ngan abah.Tapi skang masih nak menumpang jugak lagi.
Sejak aku tak bekerja, hubby sorang je yg bekerja. Perbelanjaan menampung keperluan rumah tersangat la terhad & semuanya dia yg tanggung. Nasib baik ada adik ipar, yg turut membantu wlupn aku tau, dia buat kerana terpaksa. Dia dah menolong cukup baik. Kadang-kadang kami ikat perut bila dh tengah bulan. 3 bulan jer lagi kami perlu bersama mengharungi kesusahan ini. Bila aku start mengajar bulan 9, so gaji akan dpt bulan 12 atau januari 2011. Macam tulah nak keje gomen.3 bulan menjd org susah. Tapi belum sampai sesusah mereka yg dlm rancangan BERSAMA MU TV3 tu.
Dulu kalau pikir duit tak cukup, aku mesti mengamuk sakan. Tapi sekarang, aku macam pasrah je. Pelik juga. Mungkin kaedah aku didik diri aku agar positif tu, berjaya kot.
Bak kata pepatah,
"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".
Sekarang kamu melihat aku tiada apa, suatu hari & hari seterusnya, aku adalah antara mereka yang berjaya dalam hidupnya. Memang perjalanan hidupku meniti kejayaan itu sangat jauh & tak sepantas seperti kamu yang sekarang sudah boleh bermegah dgn kereta 'power-power' dan kami sekadar punya sang Kenari yg berkulitkan harimau, yang dihiasi bunga dari kedai bunga. Masa itu kamu dan kamu, akan segan dan rasa ingin menarik balik kata-kata kamu dahulu kepada ku dan ingin bersujud. Tak payah bersujud or sembah ratu bagai . Sujud kepada Allah sahaja.Lagi afdal.
Aku selalu fikir, ada orang lagi susah dari aku. Ada kawan-kawan yang sama menunggu panggilan untuk dipostingkan di mana-mana sekolah di seluruh Malaysia, juga mengalami nasib seperti aku dan mungkin juga lagi parah kerana mereka punya anak. Sabarlah kawan-kawan. Dugaan ini Allah beri kepada kita kerana bersebab. Bukan mudah jika ingin mengecapi kesenangan dan kejayaan, kalau kita tidak merasakan kepayahan dan kesengsaraan terlebih dahulu.
Aku teringat, dulu aku pernah menghulurkan pertolongan kepada seorang teman masa dia dalam kesusahan. Sebagai balasannya, mungkin ada insan yang lain yang akan membantu aku seperti mana yang aku lakukan dulu. Tak tau siapa dan tak mungkin dia.
motto hari ini "EKAU KONO SABAR BANYAK-BANYAK"
SEKIAN~~~

Subscribe to:
Posts (Atom)