Monday, July 30, 2012

KATA ABAH

Dah lama  x borak ngan abah.
Rasanya sejak abis blaja kt U x dgr syarahan abah.
Ingat dulu masa zaman skolah.
Setiap kali abah ambik  kt asrama nk bwk balik umah, sepanjang perjalanan dr skolah ke rumah abah takkan berhenti berbual & berckp ttg kejayaan hidup.
Ada jer topik abah nk cerita.
Abah akn mula dgn tanya camne skolah?
Exam @ ujian ada peningkatan x?
Dalam kelas sll x volunteer angkat tangan kalo cikgu tanya soalan?
Kat skolah pegang jawatan apa?

ABAH SAYA.

Hari ini dpt borak ngan abah lepas berbuka td.
Abah mulakan cerita ngan cara orang Cina berniaga.
Kata abah orang Cina penuh dgn kemahiran berniaga.
Tapi bukan yang HARAM itu kita ikuti, tapi yang HALAL itu kita tauladani.

Dari cerita hal orang Cina, abah bukak cerita macamner orang MELAYU terutama ISLAM boleh berjaya dalam hidup.
Tak kira apa jua kerja yang dilakukan.
Tapi abah juga ada kata, nak KAYA & BERJAYA bukan dari hasil MAKAN GAJI, tetapi dari hasil KITA BAGI ORANG GAJI @ BERNIAGA SENDIRI.
Tetapi BERNIAGA SEORANG DIRI plak tak akan mendatangkan pulangan yang berganda.
Ia perlu dilakukan dalam BERKUMPULAN.

Kata abah lagi,
Nak berbisnes kena ada modal,
Nak ada modal kena ada simpanan,
Nak ada simpanan kena cari duit,
Nak cari duit kena guna AKAL.


Abah banyak bukak cerita tentang kawan-kawan dia yang sanggup buat apa sahaja demi untuk mencari kesenangan.
Ada yang melabur sana sini, saham yg tidak di iktiraf oleh Bank Negara sehinggalah skim cepat kaya.
Ada tu sampai kena tangkap & di tahan di penjara India dek percaya dgn melabur saham & perniagaan yg tidak tentu punca & pulangan modal.
Ada tu pulak sanggup culik anak sendiri semata-mata nak bayar hutang along yg digunakan utk pelaburan & judi.
Abah ingatkan lagi jangan cepat percaya dengan pelaburan yg tak tentu hala.

 Abah cerita juga macam mana buruk pun golongan VIP & VVIP, tapi kalo bab sembahyang tak pernah tinggal. 
Abah ada sebut bbrp golongan ni yg dia berkawan. 
Kata abah, mereka mmg ada yg kaki mabuk, kaki perempuan, main golf sana sini, tapi bila bab SEMBAHYANG @ urusan dengan ALLAH, 
mereka akn tgglkn aktiviti itu seketika dan pergi menunaikan ibadah.
Itu pengalaman abah sendiri. 

Abah kata pernah satu waktu masa abah muda2 dulu, waktu tu magrib. 
Abah duk lepak kat satu tempat.
Lalu sepupu dia yg odwy nk gi sembahyang kat Masjid Kajang.
"Kalo magrib-magrib camni, kau masih duduk kek sini. Camano pun kau usaha, kek situlah kau tak kemano!!!" kata sepupu dia.
Itu menunjukkan betapa pentingnya kita mengingati Allah dalam apa jua perbuatan & tindakkan kita.
Apabila amalan dijaga, Allah takkan ragu-ragu nak buka pintu rezeki seluas-luasnya utk kita.
Kita jangan pertikaikan apa amalan orang.
Sebenarnya yang perlu kita pertikaikan adalah diri kita.
Mana amalan kita dlm kita menerajui kehidupan ini??

Abah bagi lagi contoh beberapa orang yang berjaya hidupnya.
Abah kata tengok pakcik X.
Sejak dia tak berhenti sembahyang, rezeki dia bertambah-tambah.


Aku pun membayangkan wajah-wajah insan yang berjaya dalam hidup aku. 
Yang pertama aku membayangkan, 

CDM Kak Ana & CDM Abang Lan.
 Kata Kak Ana kat FB dia.
Dengan bisness inilah kita mampu " menjadi insan yg memanfaatkan insan lain " dan insan yg bukan hanya mampu tunjuk kejayaan kpd insan lain tetapi menjadi insan yg mampu menunujuk jalan kpd insan lain supaya mereka pun memperolehi kejayaan spt kita .
Kerana Nabi Muhammad ( S.A. W ) pernah bersabda " Sebaik - baik manusia adalah manusia yg dapat memanfaatkan manusia lain "

Masa kat Guangzhou Kak Ana & Abg Lan akn tanya kt tourist guide tmpt utk kami bersembahyang.
Mana-mana pergi mmg solat x tinggal.
Setiap kali majlis ilmu, kak ana tak berhenti berpesan dalam kita mencari harta dunia, jgn lupa harta akhirat.
Jangan lupa mak ayah.
Sembahyang jgn tinggal & perbanyakkan amalan bersedekah.
Komfem rezeki kita bertambah.
Saya di beritahu oleh CDM Said, kedua-dua pasangan ini mmg tidak pernah berhenti menderma.
Menderma utk aktiviti surau di kampung kelahiran mereka berdua setiap tahun hampir puluhan ribu hampir genap ratusan.
Menderma dengan anak yatim lagi.
Surau di tempat mereka tinggal pn sama.
Bagi mak ayah tak usah ckplah.
Mmg anak yg paling byk memberi.
Ya Allah besar betul rezeki yang Allah beri pd pasangan ini.
 Kak Ana turut melatih pemimpin di bawah bimbingan beliau agar banyakkan amalan.
Agar rezeki yang kita dapat dari berniaga itu diberkati Allah dan digandakan lagi, katanya.
Sebab itu group Kak Ana di stokis B32 makin besar.
Dan stokis kami mmg CDM Chan & Madam Lam sediakan surau untuk lelaki & perempuan.

Hasil dari bimbingan Kak Ana, maka lahirlah pemimpin-pemimpin hebat yang mmg tiru bulat-bulat apa yang Kak Ana perturunkan.
Dari amalan berbisnes hinggalah amalan ibadah dgn Allah.
 Sebab tu pemimpin kat bawah ni rezeki mereka, masyallah...berlipat kali ganda.
Mak ayah senyum je menerima.

CDM kak Juliana & CDM Abg Abu (LEADER OMG)

CDM Azlini & Suami (DUTA OMG KUANTAN) 





CDM Said Saiful Fazli aka EPUL (PEMIMPIN KEJAYAAN SAYA & SUAMI)                                     


Abah akhiri dgn perbualan,
MUHASABAH DIRI BALIK.
SUSUN STRATEGI BETUL-BETUL.
IKUT CARA ORANG YANG DAH BERJAYA.
MACAM MANA PUN PAYAHNYA DUGAAN YG DITEMPUHI, 
SEMBAHYANG JGN TINGGAL.
INGATKAN ADIK-ADIK RAJIN SEMBAHYANG.
SEBAB SEMBAHYANG ITU PENENTU KEJAYAAN MASA HADAPAN 
DI DUNIA & AKHIRAT.


Saya teringat kata-kata pemimpin sy.

KALAU KITA MAKAN GAJI, MAJIKAN KITA ADALAH BOS KITA SENDIRI.
ITU PUN KITA SELALU MENGUTUK DIA, MAKI DALAM HATI, ADA TU SAMPAI HANTAR SIHIR TANDA PROTES & NAK TUNJUK SAPA LAGI HEBAT.
TAPI BILA KITA BEKERJA SENDIRI & MELAKUKAN URUSAN PERNIAGAAN,
MAJIKAN KITA IALAH ALLAH.
TAKKAN KITA NAK MENGUTUK DIA.
SEDANGKAN DARI DIA KITA DATANG, & KEPADA DIA KITA KEMBALI.
DIA PEMBERI & PENENTU SEGALANYA.




ABAH IBU,
DOAKAN PERJALANAN HIDUP KAKLONG MEMPEROLEH KEBERKATAN.
DOAKAN KAKLONG AGAR MENJADI INSAN YANG BERJAYA
DOAKAN KAKLONG AGAR MEMPEROLEH KESENANGAN DUNIA & AKHIRAT.
APA YANG KAKLONG LAKUKAN SEKARANG BUKAN SEMATA-MATA UNTUK DIRI SENDIRI, TAPI UNTUK MEMBERI KESENANGAN SEBAGAI TANDA MEMBALAS JASA ABAH & IBU MEMBESARKAN KAKLONG & ADIK-ADIK.
KAKLONG SEDAR KAKLONG TIDAK SEBIJAK ANAK-ANAK ORANG LAIN,
TAPI KAKLONG PERCAYA, KAKLONG JUGA MAMPU MEMBERI KEBAHAGIAN UTK 
ABAH & IBU.
KAKLONG INGIN ABAH & IBU BANGGA.
BANGGA PUNYA ANAK SEPERTI KAKLONG.
HANYA KAKLONG PINTA,  
ABAH & IBU DOAKAN KAKLONG MENCAPAI IMPIAN & KEJAYAAN DALAM USIA KAKLONG YANG BERBAKI 30 TAHUN LAGI. 

KAKLONG SAYANG IBU & ABAH.