Hari ni, cuti Nuzul Quran. Aku, wakyeh, kakngah & dasky (hubby kakngah) pegi PTPTN kat Chase Perdana nk tanya hal-hal pembayaran balik pinjaman. Sampai sana dalam pukul 11.30 pagi. Parking dia korang nk tau harga dia sama mcm ko parking kat PAVILION yer. 1 jam 6 hengget (RM6.00). Tapi parking kt tempat pembuangan sampah. Itu bukan salah PTPTN la. Itu salah company parking tu.
Berbalik cerita pembayaran pinjaman PTPTN, utk pengetahuan korang aku adalah peminjam yg telah disenarai hitamkan oleh pihak imegresen kerana tidak pernah membayar sesen pun duit pinjaman tersebut. Bila aku telefon PTPTN punya operator/customer service, mesin kata aku punya hutang sampai bulan lepas telah mencecah RM40000.00 ++. Ini adalah jumlah pinjaman masa blaja diploma & degree. Aku mmg plan nk buat loan peribadi bagi tujuan utk byr balik duit pinjaman tersebut. So bila dh buat loan, aku pn minta fax kpd diorg nk dapatkan amaun sebenar pinjaman aku termasuk kos saman. Yang amaun td tu belum masuk yer. Lama jugak la proses nak tunggu feed back dr PTPTN hantar kat aku amaun tersebut. Last² aku buat keputusan tuk mengadap mereka di sana.Kata adik aku yg penah keje sbg pengemas fail kt PTPTN, kita boleh dapat pengurangan bayaran. Jumpa jer person incharge. Jgn jumpa kerani, sbb kerani akan jwb dgn kata tak boleh nk mintak pengurangan.
Kami naik tingkat 6, & pergi ke bahagian pinjaman & bayaran balik (if am not mistaken). Kat kaunter nombor, kerani tanya cik nk buat pembayaran ke? Aku pn jwb dgn konfiden, ya. Tak lama menunggu, giliran aku sampai. Kali ni org yg kat kaunter tu dh tukar kpd kerani yg garang skit. Aku mcm dh dpt rasa yg aku xkan faham dgn penerangan dia & objektif nk mintak pengurangan tu takkan tercapai bila berunding ngan minah ni. Sbb takde 'hubungan kimia' aku ngan dia. Takpelah. Aku pn tanya soalan:
Aku: Cik, sy nk tanya. Jika sy nak buat full sattlement, ada dapat rebat dr amaun asal tak?
Dia: Tak (jawapan dia dh nampak H2O aku ngan dia punya CO2 tk bleh ngam. kekwat tau pompuan ni!!)
Dia : Bagi IC. (mintak IC pn cam polis)
Aku:8*****-**-****
Dia: Dah kene saman ni. Tapi jumlah kos guaman belum masuk lagi. Sekejap, saya minta orang dlm printkan.
Sebelum dia masuk, aku ada benda ckp ngan dia, tp aku lupa. Aku kalo rasa org tu xbest, apa yg dia ckp mmg aku dh xnk ambik port. Mudah mengabaikan. Dia keluar balik dan dia bgtau yg aku punya diploma je yg kene saman. yang degree blom lagi. Ada banyak dia explain kat aku. Aku mcm tak puas hati. Lama tau dia nk menjwb. Muka dia pun dh bengang. Pastu dia kata yg diploma punya pinjaman, aku tak boleh dapat pengurangan. Yang boleh hanya kos guaman sahaja dimana pengurangan boleh dapat dr 8% ke 4%. tapi dengan syarat aku kene bayar habis dulu. Lepas dh bayar.Pastu dia suggest aku pegi tingkat 8 kaunter ujrah utk buat pertanya tentang pengurangan Ujrah tu.
Kat tingkat 8 ni, pegawai yg explain mmg best. Memang paham & lebih menenangkan. Aku pn tanya skali lagi kat diorg tentang pemohonan pengurangan jika nak buat bayaran penuh. Explanation spt kes aku kat bawah ni.
KES 1: PEMINJAM TELAH DISAMAN & DISENARAI HITAM OLEH IMEGRESEN KERANA TIDAK PERNAH MEMBAYAR SELEPAS 6 BULAN TEMPOH HABIS BELAJAR. PEMINJAM JUGA TIDAK PERNAH MEMOHON PENANGGUHAN DR PIHAK PTPTN KERANA MELANJUTKAN PELAJARAN KE IJAZAH SARJANA MUDA. PEMINJAM INGIN MEMBAYAR BALIK SECARA PENUH DENGAN AMAUN YANG TELAH DINYATAKAN. NAMUN BEGITU, PEMINJAM MASIH INGINKAN PENGURANGAN (REBET) DIBERIKAN ATAS SEBAB PINJAMAN DIBAYAR SECARA PENUH (FULL SETTLEMENT)
Atas nasihat pegawai, aku diminta agar membuat pembayaran penuh mengikut amaun dlm penyata yg diberikan mengikut tempoh yg ditetapkan. Pembayaran dibuat di kaunter PTPTN dan bukan di bank. Bagi bahagian kos guaman, setelah pembayaran penuh dibuat, pihak PTPTN akan menyemak semula kos guaman. (Kos guaman ini tak boleh dapat immediately sbb ni keje hakim. PTPTN sendiri pn tak bleh push. 2 bulan pn tak selesai bahagian penghakiman ni kira kos saman tu.) Sebab tu, pegawai suruh bayar dulu tanpa kos guaman. Lepas dah bayar, isi borang PERMOHONAN PENGURANGAN FAEDAH PENGHAKIMAN YANG TELAH DIKENAKAN OLEH MAHKAMAH. Bila dah isi, kos guaman ini yg boleh dapat kurang dari 8% jumlah pinjaman hingga 4% sajor. Bila pihak guaman dh kira, PTPTN akan bgtau semula berapa kos yg perlu dibayar lagi utk kos guaman tersebut.Sebarang pertanyaan tentang saman, korang bleh email kat pegawai ni suhana@ptptn.gov.my . Dia akan tolong korang. Dia juga yg explain kat aku pasal saman yg aku kene smpi paham. & memang aku paham. tak sia² dia jd pegawai kerajaan.
KES 2: PEMINJAM BELUM DIKENAKAN SAMAN LAGI TP NAK BAYAR PENUH & JUGA INGIN REBET BUKAN MELALUI UJRAH.
Aku punya pinjaman degree ni banyak sikit dr diploma iaitu RM20,276.66. Aku pn nak jugak mintak pengurangan sbb bayar penuh. Kata pegawai tersebut, aku kene bayar abis dulu di kaunter juga, lepas tu minta pegawai di kaunter tersebut membuat pelarasan. Pelarasan ni pn sama dgn UJRAH. Dia akan kurangkan menjadi 1% dr jumlah pinjaman td. Bila kes aku dh dibw meeting, dh diluluskan, brp pengurangan yg aku dpt akan dipulangkan semula bakinya. Tempoh pemulangan akan mengambil masa selepas 21 hari bekerja atau lebih. Satu lagi, kalo nk buat ujrah boleh juga. Bila dh dpt jumlah dr pengurangan ujrah tu,baru bayar penuh balik.Tapi masa tempoh menunggu ujrah ko dpt, ko punya kos pentadbiran di cas jugak bulan2. Baik buat pelarasan.Lagi satu kalo buat UJRAH, leceh la. Nak sedia dokumen itu dan ini.
Kes aku skang ni nak bayar penuh. Kes korang yg nak bayar tiap2 bulan tu lain cerita. Kalo dah kene saman, pastu ko bayar rm50 sebulan, belum tentu menyusut ko punya jumlah pinjam tu. Aku memang ambik risiko buat personal loan semata² nk byr PTPTN. Baik bayar kt bank dr ko bayar tiap² bulan kt PTPTN.1 lagi kalo, ko nk byr amaun yg banyak, ko jgn bwk 1 beg hitam penuh duit mcm org nk buat bisnes dadah. Ko buat bank draft. Kalo nk bayar tuk diploma & degree, ko buat asing. Kalo ko tk buat asing, ko kene bgtau kt kerani kaunter brp jumlah ko nk byr tuk pinjaman degree & diploma.
Kalo ko x paham jugak cerita aku, meh jumpa & blanje makan aiskrem kt ice room ke..hahaha.Dah 1 jam aku menaip. Penat. Nak gosok baju. Esok sekolah.