Tuesday, August 17, 2010

3 bulan lagi

Hola..hola....holiiiiii~~~
Selamat berpuasa kepada korang yg beragama muslim seluruh dunia.....Berpuasalah kita dari segala perbuatan yg mungkar dan keji apatah lagi yg haram....mana yg dituntut itu,perbanyakkan la yer...

Criter arini aku nak kongsi ngan semua teman2 dari utara smpi selatan,barat hingga ke timur. Criter tentang appointment doktor yg aku kira tarikh yg diberikan pd aku agak nonsense kata org putihnye.

Bulan ni adalah bulan 2 aku mengalami masalah datang bulan yg pada pemikiran aku serius la.Sbbnye yg kluar hanya coklat2 shj tanpa darah kotor...Biasanya ini adalah tanda2 org pregnant. Sebelum tu aku dh buat UPT sendiri dan resultnya adalah -ve.Disebabkan kemusykilan itu, aku pn ke klinik Z tersebut dan UPT skali lagi dijalankan. Resultnye juga -ve. So doct menyarankan aku berjumpa pakar sakit puan di klinik yg sama esok hari. Surat refer pn dh siap. Tapi malangnya PM wakyeh tak cover tuk pakar plak....Jadinya kami decide nk pegi Hospital S.

Pagi ni aku ke Hospital S dgn membawa surat refer dari doktor Klinik Z.Mcm biasa la kalo hospital gomen, nk jumpa pakar kene buat appointment. So aku pegi bahagian sakit puan dan letaklah surat yg td tu dlm bakul yg disediakan. Lama jugak aku tunggu. Buang masa setengah jam tuk dptkan appointment. Kata misi kat situ, kene buat appointment dulu dik.Besok baru boleh jumpa doktor. Hari ni tak boleh. Aku berkeras jugak nak buat hr ni sbb bukan senang nak dpt cuti atau separuh hari di tempat keje aku skang.

Sambung balik crite misi brown tadi, sempat jugaklah dia membebel kat aku knp tak gi hospital K jer sbb alamat aku area hospital tu & blah...blahhh...blaaaaaa... "Oi misi.....suka hati aku la nak dtg mana. Rumah aku dekat kot ngan hospital S ni...." ni dialog dlm hati.Aku ckplah,
'dekat ngan rumah sy. Rumah sy Sg Ramal saja ma."....dia bwk surat aku td kat doktor tanya bleh tak aku buat check up arini. Tak lama tu, dia pn dtg balik. Dia kata, "doktor suruh datang bulan 10 atau bulan 11 shj tuk oppointment!!!! skrg sudah penuh......." dan aku menjwb " tak payah la..lambat sgt" dengan nada yg tinggi. Aku ngan wakyeh blah je..hangin menunggu 1 hal, hangin tak bleh checkup hr ni 1 hal lagi, yg lagi hangin appointment lagi 2, 3 bulan.....kalo nyawa aku tak panjang tk sempat nak jumpa pakar. Punca kematian pakai result makmal bedah siasat je la gamaknye.

Pastu wakyeh bawak aku gi klinik kat Dengkil. Opismate Wakyeh kata, PM cover kalo nk buat scanning semua kat klinik ni. Aku rasa mcm semua klinik sama je. Lagipn bawah level eksekutif, mana ada cover semua tu. Setakat demam skit2 adalah. Tapi kalo tak cuba tak tau kan..Kami pegi jugak la ke Dengkil. Masuk je klinik, trus tanya misi kat situ dulu PM Care cover tak kalo nk buat scanning perut. Kata misi, kalo mengandung 28 minggu ke atas PM cover.Yang lain tak...tp aku bukan nak scan tuk pregnant...scan lemak yg dh berketul dlm perut ni yang makin membesar dan membesar.

Kami kluar dan balik ke rumah ngan wajah yg penuh kehampaan. Dan aku menangisi nasib malang yg aku hadapi skang. Dalam perjalanan aku suh wakyeh bwk aku pegi klinik Muhibah kat umah aku tu je..Klinik ni tak boleh scan tp boleh la nak check benda yg kecik2 & sedikit consultation. Aku pn criter masalah yg aku alami...Dan doktor kata aku ni terlebih hormon perempuan. ha???? patutlah aku ni cantik.,....hahaha....mmmmmm.....no komen. Habis borak ngan doctor, aku mintak doktor MC hr ni. MC sbb bengang dari pagi smpi tengahari tak dpt jumpa doktor pakar...malas nak masuk opis sbb emosi aku tak stabil...

Moral of the story:
1) Kita perlu berusaha tuk menjadi kaya tuk dapat perkhidmatan yg terbaik dalam dunia ini. Ada duit, semua boleh jadi.

2) Kalau kau miskin atau sederhana kehidupan kau, kau pegi hospital gomen je lah yg kene menunggu smpi berejam2..tak pn tunggu appointment lagi 3 bulan. Kalau kau ada duit, kau pegi swasta, hari tu jugak result ko dpt.

3) Belajar tinggi2 atau pandai2 tuk bekerja dapat pangkat/kedudukan level eksekutif ke atas. Sebabnya boleh cover semua perubatan ko dari selsema biasa smpi tahap ko tak tau nak buang hingus kat mana.& semua anak kau yang 18 org tu dia akan cover jugak!!!!!

4) Tak semua org paham kepentingan belajar tinggi2 atau berusaha nak bekerja keras demi masa depan. Sebab dia tak boleh nampak masa depan tu. Di carutkan 10 kali pn tak paham2....