“ EH DAUD…EH DAUD.”
Terkinja-kinja macam beruk aku tengok budak ni. Di usik-usiknya aku tengah buat latihan. Ditambah lagi dengan lagu entah apa-apa bagai nak mengejek aku.
“KAU JANGAN WAKYEH. KANG AKU KETUK KEPALA KAU DENGAN PENSIL BOX BESI NI KANG!!!!”
Aku meninggikan suara tanda amaran supaya dia berhenti daripada menganggu aku. Sambil menyiapkan nota, tangan kiri aku dah memegang pensil box bersedia untuk bertindak sekiranya Wakyeh terus mengacau aku. Dalam hati pelik juga sebab dia memang tidak pernah berperangai macam ni. Selalunya aku tengok dia takde pun mengacau orang.
Wakyeh meneruskan gelagatnya mengejek aku. Aku hilang sabar.
“PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!”
Tangan ku yang memegang pensil box besi hinggap secara tiba-tiba terus terkena dahinya yang agak luas seluas padang bola itu. Wakyeh terus tergamam dan berlalu pergi meninggalkan aku sambil menangis.
“CIKGUUUUUU, INTAN KETUK KEPALA WAKYEH SAMPAI BENJOL!!!!!!”
Arwah Anaz menjerit mengadu kepada cikgu memberitahu apa yang berlaku. Ditariknya tangan Wakyeh ke depan untuk menunjukkan bukti kejadian. Poyo jer kau nak cari salah aku. Wakyeh ketika itu dah menangis dan aku relak saja.
“INTAN, APA KAMU BUAT? MARI SINI!!!” Suara cikgu mula tinggi.
“KENAPA KAMU PUKUL KEPALA DIA?”
“DIA EJEK NAMA DATUK SAYA, CIKGU”
Aku jawab dengan selamba dengan muka tanpa perasaan. Berani kerana benar, takut kerana salah, beb!!
“IDRIS, KENAPA KAMU MENGEJEK NAMA DATUK DIA? MESTILAH DIA MARAH KAMU BUAT MACAM TU PADA DIA.” (Idris ialah nama sebenar Wakyeh)
Aku blah macam tu jer. Apa yang cikgu bebel kat Wakyeh, aku taknak dengar. Dalam hati “YES, PUAS!!!!”
“LANTAK. TAK TAU!!! NANTI WAKYEH BAGITAU BAPAK DIA!!..PADAN MUKA KAU”
Arwah Anas yang menyibuk mengejek aku. Aku tak kisah pun. Dalam hati, takut jugak. Balik dari tuisyen, aku cuba mengelak dari dilihat oleh Wakyeh dan arwah ayahnya. Cepat-cepat aku masuk dalam kereta abah. Sejak malam itu, Wakyeh dan orang lain tidak berani mengejek aku lagi. Diorang takut kena ketuk dengan pensil box besi.
Kami sekelas berpisah setelah tamat UPSR kerana masing-masing menyambung di peringkat menengah di sekolah yang berlainan. Ada yang masuk asrama penuh ada yang berhijrah ke kota lain. Dan aku, abah masukkan ke sekolah berasrama harian di Seremban.
Peristiwa itu berlalu 17 tahun yang dulu. Cerita ini juga menjadi pengerat antara aku dan suami. Tak sangka pula aku, Wakyeh yang pernah kena ketuk dengan aku, rupa-rupanya telah menjadi raja dalam hidupku. Aku pernah tanya dia knp masa tu dia sronok sgt mengejek aku. Katanya,masa tu dia dh start syok kat aku!!!!! Gatal dowh mamat ni....umur 11 thn baru dh menggeletis.....sib baik skali aku bg kalo 100 kali,ko mmg xnak ngan aku smpi skang!!