Saturday, August 7, 2010

Kotak itu aku buka.

Salam..Di tengah malam yg hening bertemankan kipas di bilik & PC yg skrinnye bewarna kuning ,idea utk mengarut malam-malam ni memang best tuk dikarang walaupun ayat & perkataan pasar digunakan.Memang tak patut sebenarnya kalo kita mengambil kira & pikirkan ape yg org kata.Kalo dh cikgu tu,mesti ayat2 nye 'skema' diikuti dgn tingkahlaku & personaliti juga perlu menggambarkan seorg pendidik. Okey, am agree with that, tp sape la aku tuk menahan jiwa dan pemikiran aku yg boleh dikatakan bebas & ingin kluar dr kepompong itu. Pengalaman bekerja di sektor-sektor selain pendidikan, menyukarkan aku tuk mengadaptasikan jiwa dan diri ke alam pendidikan yg baru aku langkahi..wah..tengok tu , ayat aku dh skema.

Anyway, when we talking about fashion,personality & style, sebenarnya sangatlah selesa kalo kita jadi diri sendiri dan kita lihat diri org lain sebagai panduan untuk kita perbaiki kekurangan pemilihan 3 elemen itu utk membentuk siapa diri kita. Seperti remaja dan aku dulu juga pernah remaja, lebih cenderung untuk memilih gaya seperti artis yang kita minati terutama artis luar negara.

Tapi seingat aku, mase zaman belajar kat 'U' dulu, aku tak la follow sangat gaya artis luar negara atau artis kt malaysia ni. Aku lebih selesa pilih pakaian yg aku suka. Contoh jeans & t-shirt. Pergi kelas pun t-shirt berkoler & seluar biasa pastu kasut plak sport shoe tp brand baik la, CONVERSE okey!!! Bila keluar pergi dating ngan WAKYEH (now my hubby) pakai mcm tu jer or sandle, tak pun heel 1 inci. Naik motor time tu. Takkan nak bawak kereta abah pergi bercinta. Pergi kelas boleh la. Boleh dikira dengan jari nak pakai skirt. Kalau nak keluar gi berhibur dilarut malam, tetiba teringin nak pakai skirt, aku pinjam kawan jer. Me & short skirt??? Totally not a good friend. hahaha.....tak lucu. Tapi ia benar. Dan aku pernah merasakan, kawan-kawan yang rapat, kalau nak borak dengan aku topik fesyen, itu bukan topik yang sesuai. hahaha..Memang aku tak kisah....I am totally simple & i dont wanna spent my PTPTN on it..minyak kereta, buku, yuran, nak tampong kelab punya kewangan lagi.adui...bejimat dekat benda lain. Nasib baik masa tu tak pakai tudung lagi. Jimat skit duit nak beli tudung...hahahaha

Bila berangan bab nak bershopping, nak beli apa, brand tu 'meletop' tak, trendy ke design dia?, memang itulah yang keluar kat kotak angan-angan kita, kan??? Akhir sekali baru pikir, harga dia. eeee...mahal, tak mampu lagi la.Kena tunggu next month or another 4 months..hahaha..Tapi tak terpikir pulak nak cari semua yang diidamkan kat bundle. Memanglah kusam dan macam lama. It still worth tau kalau uolz pandai menggayakan. i bought 2 beg from bundle shop & tajuk beg dia COUCH & LV dengan harga RM10 setiap satu. Kedai tu kat seksyen 5 B.B Bangi. Kali kedua dan berkali-kali jugak lah aku ke situ, takda dah jual. Yang ada beg cap *&^%, tak ingat cap apa sbnrnya. Baju pun aku sering di sponser oleh pengusaha bundle iaitu http://theroute60.blogspot.com/ . sponser ke????? hahaha..mampos mengamuk cik mimi paloma...aku promote kan. Miss mimi juga sekarang ni juru runding imej aku yang tak berbayar. Kawan sampai mati, haruslah FOC segala.hahaha...kunjungilah laman itu. Nanti, kalau aku senang, aku akan postkan gambar aku berpakaian THE ROUTE 60 yer...

Sampai sini aje mengarut aku dgn tajuknye yg takda kaitan dengan isi.