Sunday, December 19, 2010

abg taku vs wakyeh

MARI VERANGAN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Abg Taku @ Takuya Kimura hanya dlm mimpi yg tak sama





WAKYEH teman hingga ke syurga

WHY THEY CALLED U BABY???

AKU PUN ADA FOTO
 GEDIK MCM KAU

Ahad.....mmg best kalo tak keje. Tapi lg tak best kalo tak buat apa2. Lepas balik dr kenduri umh kawan ibu trus aku tak balik umah. Lepak umah ibu rasa mcm best plak wlupn umah aku lg besar dr umh ibu...Damainya umah ibu lain sgt. Umah ibu lantainye berkilat, habuknye tak nmpk pn. Susun atur sedikit berseni tak mcm umh aku kelam kelibut. Bukan ibu tak penah ajar aku, tp sbnrnya aku yg malas nak mengilatkan lantai mcm umah ibu. Dulu aku perajin jugak masa zaman skolah. Balik dr skolah trus pegang penyapu. Sblom ibu & abah balik keje umah mesti kene siap bekemas..



Apa ni aku cerita pasal benda lain plak....tak ikut tajuk.
Ha uolz........uolz semua buat ape??? mata sedap tercangak kt blog aku..nk baca ayat sensasi ker??? kelazzzzzzzzzzzz.....boring la tue~~..dh shopping beg GUESS kt alamanda?? 40% diskaun uolz..meriah!!!! besok myol nak pegi sambar 1 beg. "akak baru dpt gaji".....merapu lagi....kau mmg pondan berangan.


"Hei, knp kenkwn u panggil u baby???"
Soalan apakah ini?? Tak menguji minda langsung..huhu..


Dulu zaman skolah aku ada nama tetap & nama yg mmg dikenali 1 smk teknik PD sesi 1998/99. Cikgu2 pn panggil aku nama tu..Sebut je, semua dh terbayang lenggang lenggok mak inang aku menari atas pentas skolah...ada tu siap terbayang mcmner teror nye aku menggoyangkan kepala ala minachi jual kacang. Ada jugak yg terbayang betapa kekwatnye aku bejalan satu skolah tanpa mengukir senyuman manis kat diorg. Dan juga betapa teringatnye diorg, bgmn  susahnya nak tackle aku. Tak lupa jugak bayangan wajah aku gelak terbarai & perangai aku yg selamber buat lawak gila. Wajah cute ini la yg jelas terpancar di sudut hati setiap ASPURA dizaman itu.hahahahaha. perasan!! itu kat SMTeknik PD. Dekat STAD aku biasa je....kaki fly jer...I BELIEVE I CAN FLY~~~~~


Masuk universiti, aku kembali aktif menari. 1 hari kakak senior yg bernama Intan Suzana tanya, aku panggil  bf aku (wakyeh) tu dgn nama apa. Aku jawab AYANG. Dia panggil aku "BABY".....gelak k'intan bila aku jwb. Memang sesuai ngan aku katanya. Memandangkan nama aku sama ngan dia, so dia panggil aku BABY..jadinya semua sahabat handai yg rapat ngan aku dan pegawai2 yg lain panggil aku BABY...bila di sebut INTAN tak kenal. Tapi BABY kenal.......ayong pn penah tanya aku mcmner diorg bleh panggil aku BABY.  aku pn criter....dia pn mengakuinye...


Bila dh tua mcmni org panggil aku BABY, aku still rasa okey dan nama itu mmg sesuai dgn aku..Selalunya yg panggil aku BABY ni adalah kalangan kwn2  baik yg sama2 menari & belajar kt UPM n penari2 carma yg lain. Nama baby ni mmg dh sebati...Mcm petname la.


So,puas tak hati dh terjwb soalan itu???

Tuesday, December 14, 2010

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!


“ EH DAUD…EH DAUD.”
 Terkinja-kinja macam beruk aku tengok budak ni. Di usik-usiknya aku tengah buat latihan. Ditambah lagi dengan lagu entah apa-apa bagai nak mengejek aku.
“KAU JANGAN WAKYEH. KANG AKU KETUK KEPALA KAU DENGAN PENSIL BOX BESI NI KANG!!!!”
Aku meninggikan suara tanda amaran supaya dia berhenti daripada menganggu aku. Sambil menyiapkan nota, tangan kiri aku dah memegang pensil box bersedia untuk bertindak sekiranya Wakyeh terus mengacau aku. Dalam hati pelik juga sebab dia memang tidak pernah berperangai macam ni. Selalunya aku tengok dia takde pun mengacau orang.
Wakyeh meneruskan gelagatnya mengejek aku. Aku hilang sabar.
“PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!”
Tangan ku yang memegang pensil box besi hinggap secara tiba-tiba terus terkena dahinya yang agak luas seluas padang bola itu. Wakyeh terus tergamam dan berlalu pergi meninggalkan aku sambil menangis.
“CIKGUUUUUU, INTAN KETUK KEPALA WAKYEH SAMPAI BENJOL!!!!!!”
Arwah Anaz menjerit mengadu kepada cikgu memberitahu apa yang berlaku. Ditariknya tangan Wakyeh ke depan untuk menunjukkan bukti kejadian. Poyo jer kau nak cari salah aku. Wakyeh ketika itu dah menangis  dan aku relak saja.
“INTAN, APA KAMU BUAT? MARI SINI!!!” Suara cikgu mula tinggi.
“KENAPA KAMU PUKUL KEPALA DIA?”
“DIA EJEK NAMA DATUK SAYA, CIKGU”
Aku jawab dengan selamba dengan muka tanpa perasaan. Berani kerana benar, takut kerana salah, beb!!
“IDRIS, KENAPA KAMU MENGEJEK NAMA DATUK DIA? MESTILAH DIA MARAH KAMU BUAT MACAM TU PADA DIA.” (Idris ialah nama sebenar Wakyeh)
Aku blah macam tu jer. Apa yang cikgu bebel kat Wakyeh, aku taknak dengar. Dalam hati “YES, PUAS!!!!”
“LANTAK. TAK TAU!!! NANTI WAKYEH BAGITAU BAPAK DIA!!..PADAN MUKA KAU” 
Arwah Anas yang menyibuk mengejek aku. Aku tak kisah pun. Dalam hati, takut jugak. Balik dari tuisyen, aku cuba mengelak dari dilihat oleh Wakyeh dan arwah ayahnya. Cepat-cepat aku masuk dalam kereta abah. Sejak malam itu, Wakyeh dan orang lain tidak berani mengejek aku lagi. Diorang takut kena ketuk dengan pensil box besi.
Kami sekelas berpisah setelah tamat UPSR kerana masing-masing menyambung di peringkat menengah di sekolah yang berlainan. Ada yang masuk asrama penuh ada yang berhijrah ke kota lain. Dan aku, abah masukkan ke sekolah berasrama harian di Seremban.
Peristiwa itu berlalu 17 tahun yang dulu. Cerita ini juga menjadi pengerat antara aku dan suami. Tak sangka pula aku, Wakyeh yang pernah kena ketuk dengan aku, rupa-rupanya telah menjadi raja dalam hidupku.  Aku pernah tanya dia knp masa tu dia sronok sgt mengejek aku. Katanya,masa tu dia dh start syok kat aku!!!!! Gatal dowh mamat ni....umur 11 thn baru dh menggeletis.....sib baik skali aku bg kalo 100 kali,ko mmg xnak ngan aku smpi skang!!


Monday, December 13, 2010

Mimpi seram ke mimpi kelakar????

Aku dah lah demam. hingus menceceh-ceceh, kepala berdenyut2. Boleh pulak mlm td mimpi jadi bini no 2 si aidil zaquan.jd madu rita rudaini.hahahahahahaha....bapak klakar.adoiiiiiii....mimpi seram ke ape ni?

Aku copy dr blog pengantin popular
Yang penting dlm mimpi tu si wakyeh kawin ngan org lain dan ada 3 bini; salah sorang bini dia si AYANG SARAH okey.......adoi,sgt seram sbb ayang sarah sama2 cikgu kt skolah n  dia sll jd bahan kitorg. Walaupun dia ada 3 bini,dia tetap kawan baik aku. semua masalah  seronok betul aku criter kt dia..sib baik dlm mimpi kalo betul aku ikat wakyeh kat pokok mangga depan umah jiran aku bagi kerengga gigit  makan segala kudis jerawat dia...hahaha. Aku jadi bini no 2 yg baik tau....Semua kawan-kawan dlm mimpi tu pelik aku boleh jd seorg yg berhati lembut sedangkan aku ni seorg yg hot tamper,mulut lazer,kaki membantah. Tetiba kawin ngan aidil bleh bertukar jd isteri yg redho..adoiiiiii..lawak. Disebabkan aku menurut kata,aku tak kisah pn kalo aidil tk dtg umh aku wlupn aku tau mlm tu giliran aku..Aku rayu2 balik rumah aku lepas dia tranin pun taknak.Katanya baju dia xda kat umah aku & banyak kat rumah rita.Dia malas nak berulang.. Aku sonyap sajo. Dalam hati dah merujuk & plan nak lari jauh2.Biar dia cari. Wahhhhh...sgt drama punya mimpi. Spt yg dirancang aku pergi bercuti sendirian kat pantai. Tapi mcm2 yg terjadi. Kereta aku yg aku parking kt hotel tak dpt aku cari. Aku selamatkan anak2 Dr. Samsilah (ex bos kesayangan) yg mandi dlm selut lumpur laut. Pastu aku bejalan2 macam org gila kat tepi pantai dgn tubuh aku hanya berbalut towel hotel.Last2 aku tersedar.Bengong betul.Macam maner pulak boleh termimpi mcm ni.??....Mimpi mainan tdo.

Ya Allah, ya tuhan ku. Aku bersyukur di atas segala kurniaan  termasuklah menemukan aku dgn suamiku, insan yg mencintai & menyayangi aku setulusnya. Dari dulu hingga kini. Harap ia terus berkekalan hingga ke syurga mu. Terima kasih diatas cinta & kasih sayang yang Kau pinjamkan kepada kami, Ya Allah. Amin.

DIPILIH SEBAGAI TRUE HEART BEAR...SESUAI KA???



Ada kawan kat FB duk tag aku dlm list Care Bear dia. Terima kasih gmie @ paksu emi...Aku di tagnyer true heart bear. Aku pun mencari la apa kebenda tu..oooo kartun kegemaran masa kecik2 dulu...layan jugak criter ni...Aku cr kt website lain n bgtau la ada karakter tersendiri setiap bear-bear comel itu. For da true heart bear spt berikut:     

Caring Mission: Helps everyone share caring feelings.
Symbol: Her glowing rainbow star and heart symbol hints at the many kinds of caring.
Personality: Perky, friendly and loving.
Motto: Let your happiness glow!

KEMBALI BERFESYEN???

Sekarang ni macam2 gaya org pakai tudung. Cantik-cantik pulak tu. Yang lilit ke sana,ke sini macam beg bungkus...tp cantik. Masa pegi jom heboh aritu. aku pun belilah 2 helai selendang yg harganya RM12 sajor. Kat gerai lain RM15. Aku pun pakailah buat pegi kenduri ker gi dating ngan wakyeh ke.Asik pakai tudung sarung ekien jer..Bosan uolz.

Tudung jenis ini dipanggil pashmina shawl. Dihujung tudung terdpt batu-batu cantik sebagai aksesori.Memang ramai yang takut nak gayakan tudung ni.Sebab takut tak sesuai. Nampak gemuk la, nampak macam beruk la. Ada ker mcm beruk??? Beruk mak lu!!! Yang pentingkan KONFIDEN!!!! Kalo dah mmg gemuk, nak buat mcm mane. Ko pakai jubah labuh sampai KLCC pn kalo dh mmg 'bes', bes jugak...Tengok mcm aku, ada aku kesah nak melaram???? Duit aku kan?!!!!

"Wahai insan yg sesaiz bes mcm aku, jgnlah disekat minda tu dgn suara2  jahat yg akan membuat kamu termakan hati melihat org bergaya vouge ke sana ke mari." Cuba dulu mana tau kalo sesuai kan.. Ni 2 bijik gambar contoh aku pakai tudung pashmina shawl..

Aku memang suka ambik gambar dlm keta.Nampak kecik skit dr saiz sebenar.
Vouge tak aku??? Ni gambar baru bangun tido yer.
Ini pashmina putih salju.


 Jadinya, kalau nak melawa memanglah kena tengok kesesuaian tubuh badan. Tapi belum cuba belum tahu beb. Baik korang beli besok kat pasar malam bangi ker, jalan tar ker. Pastu ko bukak mana2 website cara pakai tudung jenis macam ni, tiru sajo. Akhir kata, selamat mencuba.

Thursday, December 9, 2010

BERDUA BILA TIDAK BERTIGA,BEREMPAT BILA TIDAK SEKATA





Jauh disudut hati, aku bahagia begini,
Berdua seperti zaman bercinta separa direstui,
Mungkin selamanya kami begini,
Mungkin juga tidak tetapi kami tetap menanti,
Kerana tahu rezeki yang Allah beri,
Bila tiba masanya IRIS akan di sisi mummy & abi.

Sunday, December 5, 2010

mmmmm...biasa jer.

Aku baru jer abis siapkan report harian,tetibe teingat gelagat sarah,kwn sesama cikgu baru kt skolah. Hari-hari ada je benda nak buat org ketawa. 

"Intan, tengok gambar laki kau."

Aku pn membuka facebook aku & cari la gambar laki aku nak nunjuk kat si sarah ni.

"Ni laki aku."

"mmmmmmm...biasa je muka laki ko"

"Biasa? Kenapa plak?" aku buat muka pelik.

"Aku ingat laki kau mcm smart2. Ko kan suka melawa."

"Yeke? hahahahha. adoiyai..sarah..sarah"

Malas aku nak layan...Tak kecik hati pun apa yg dia kata.Tp bila pikir balik, kalo dia ckp kt org lain mesti org tu bengang gila ngan dia.(^_^)

Sunday, November 28, 2010

JANGAN MENGHINA.....HATI INI AKAN TERLUKA SPT AYAT DIBAWAH!!

"Wei, agak2 la nak makan.cover la skit."
"Ko ni asik makan je? Tak takut ke sakit?"
"Ko gemuk ni, laki kau tak bising ke?"
"Sudahlah tu. Asik nak makan je"


WHAT THE HELL R U TALKING????
WEI, AKU NAK MAKAN DUIT AKU LA.TAK PUN DUIT LAKI AKU YG BANYAK TU!!!
AKU NAK MAKAN AKU PUNYA SUKA LAH.
AKU BLAJA TINGGI2, KEJE BAGUS-BAGUS,GAJI BERIBU-RIBU, SBB NAK MAKAN BENDA YG DULU KECIK-KECIK AKU TAK DPT MAKAN!! TAK PUN MASE ZAMAN TU TAKDA!!! 
GAJI BERIBU, TAK DAPAT MAKAN MAKANAN YANG FAMOUS KAT MALAYSIA NI RUGI LA, BEB!!!!
AKU 'LOY' LAKI KAU KE NAK MINTAK MAKAN SAMPAI GEMUK MCM NI???? AKU FU** NGAN BINI KO KE SEMATA-MATA NAK MAKAN???
KALO LAKI AKU BISING PUN AKU GEMUK, KO PUNYA HAL KE???? MASUK DLM BUKU AMALAN KO???
AKU NI GEMUK SBB KAYA DEK MAKAN...KO KURUS SBB SUSAH HATI DUIT NAK MAKAN TAKDA!!!!
F*** LA!!!
1 LAGI, IBU NGAN ABAH AKU MMG MEWAHKAN AKU NGAN ADIK-ADIK AKU DENGAN MAKAN WLUPN BAJU,BUKU & BARANG MAINAN MASE KECIK DULU KAMI TAK DAPAT!! TAPI BAB MAKAN, MMG IBU NGAN ABAH AKU YG TERBAIK DALAM DUNIA!!!!!!!!
LUV IBU NGAN ABAH SO MUCH!!!!!


ko sendiri baca.ko sendiri sentap, itu ko punye hal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, November 25, 2010

JIKA DITANYA......

1) Cikgu dulu masa zaman skolah ada bf tak?
    Ada. Tp tak panggil bf la, kitorg panggil BALAK.....

2) Dulu zaman cikgu skolah, becinta ada mcm bebudak skang tak?
    Dulu zmn kitorang bila dating hanya tahu borak2 je....nak bepeluk ke,pegang-pegang tangan, tak   reti lagi.nk cium molot pn tak tau, ni kan nak buat luv bite..

3) Dulu cikgu selalu dating kat mana?
     Dulu duk asrama. Sll hr ahad la dating kat area skolah. Blok favourite blok form 6 n blok form 4. tak pn kat pondok LP.satu lagi kat belakang mesin TIT-TOT (mesin beli softdrink)..area kul 2.30 smpi kul 5pm mmg waktu ramai couple dating.

4) Mcmmane cikgu mula-mula couple ngan BALAK cikgu?
    Mula-mula main kirim2 salam. Pastu mulalah balas surat smpi la dlm surat tu terkandung ayat "BOLEH TAK KITA COUPLE?" kita balas la ngan ckp OK....

5) Mesti kelakar ayat tulis surat, kan?
Lebih kurang cam gini. Kehadapan kekasihku, _______ yg berada di kelas 2 ________. Semoga sihat hendaknya..pastu di sambung ngan ayat jiwang yg lain.

6) Selalu BALAK bagi ape???
    Ntah, rasa mcm tak pernah.

7) Balak cikgu kat skolah HOT tak?
     Mampus tak hot....budak bola tu...

8) Brp lama cikgu couple?
    Sekejap je...

9) Siapa mintak clash?
    Aku la....mana mungkin aku diceraikan..mesti aku yg menceraikan.

10) Knp clash??
      Nak PMR dh....malas la nak becinta. Lagi pun tak reti sgt.


Wednesday, November 24, 2010

Monday, November 22, 2010

GuRaU MaNje

Wakyeh: B, org asik kentut je lah...org nak besar ke?
Mrs Baby: Apelah ayang ni!! kalo kentut tu buang angin la.kalu cendawa (sedu) itu tanda nak tambah besar.

 Aku senyum dalam mengejek....

Saturday, November 20, 2010

Number Of Roses

Sebut pasal bunga rose, aku tau tak semua org perempuan suka sebenarnya..Dulu masa aku skolah, adalah kawan aku ni ngah angau becinta. Boyfren dia duk post surat pakai alamat kenkwn yg duk luar. Almaklumlah kalo bg alamat skolah, warden asrama yg baca dulu.Mesti la kantoi kan? Boyfren dia siap bg bunga rose kering masuk dalam sampul surat. Aku ni perhatikan je. Kalo aku jadi dia, baik aku mintak coklat drpd bunga. Kalo coklat bleh gak bila aku makan menghilangkan stress. Kalo bunga, kering, besepah, busuk..eeee..rugi. Aku merungut sensorang. Padahal sbnrnye cemburu..hahaha....

Sedikit informasi yg aku translate untuk tatapan pembaca blog aku yg budiman tentang makna yg tersirat disebalik bilangan bunga rose yang telah atau bakal anda terima daripada org yg tersayang, kekasih gelap, shuben @ sugardady, anak ikan dan sbgnye. Rajin plak aku nak translate. Bukan apa...tak semua org faham english language ni..mcm aku.....huhu..


1 kuntum : Jatuh cinta pada pandang pertama. Sekuntum bunga rose, tidak kira warna apa, ia menggambarkan kesetiaan yang begitu agung kepada pasangannya. Dia macam menggambarkan seluruh jiwa ragaku, ku serah padamu. Gitu la....

2
kuntum: : Antara anda dengan pasangan mempunyai perasaan yang sama iaitu saling mencintai dan ingin bersama dalam dunia anda berdua sahaja. Lebih kurang la cam gitu. Ianya lebih bermakna jika bunga rose itu berwarna merah.

3 Kuntum: Ia menggambar 3 perkatan dalam percintaan yang paling famous iaitu "aku cinta kamu" atau omputih kata 'i love you'. 

5 kuntum:  I love you very much @  Aku sangat cinta kamu.

6 Kuntum : I love you, I miss you.@ Aku cinta, aku rindu. Lambang kezahiran yang diperlukan untuk dicintai dan dihargai.

7 Kuntum : Aku mabuk/angau/gila bayang dengan kamu. [Ni kalo exbf or duda korang datang merayu2,suh la dia bg kt ko bunga 7 kuntum.haha]

9 kuntum: Bersama hingga ke hujung nyawa.

10 kuntum : Kamu seorang yang cantik.bukan kacak eh..tak sesuai.

11 kuntum: Kau bagaikan harta yang paling berharga dalam hidupku.  Ayat macamni sll digunakan utk meyakinkan kepada pasangan kita bahawa cinta kita begitu mendalam kepada dia.

12 kuntum: Be my steady @ jadi gf/bf secara berterusan/tetap.

13 kuntum: Kawan sampai bila-bila. Juga boleh melambangkan ada kekasih senyap atau secret admire menunggu utk blind date/ bertemu.

15 kuntum: Saya mintak maaf sangat-sangat.

20 kuntum : Saya ikhlas terhadap awak .

21 kuntum: Saya betul-betul nak kat awak.

24 Kuntum : Kau sentiasa didalam fikiranku. 24 kuntum ini juga melambangkan 24 jam kau memang ingatkat dia je..takdalah ko ingat nak berak ke, nak makan ke, sms awek 1 lagi ke...

36 kuntum: Saya akan mengingati setiap detik romantis kita. 

40 kuntum : Cinta saya adalah luhur dan suci.perkataan lain benar,telus, tak la tipu punyer...

44 kuntum: menjaminkan kesetiaan yang berterusan dan cinta ini tidak akan berubah.

50 kuntum: menunjukkan cinta yang telah matang dan ia tidak akan ada penyesalan keatas pasangan kita.

99 kuntum: Aku cinta padamu sampai aku mati.

100 kuntum Aku benar-benar setia pada kamu. Menunjukkan paduan 2 pasangan yg sehati sejiwa dan sanggup bersama sehingga mati atau beribu tahun sekalipun.

101 kuntum: Kaulah satu-satu milikku.

108 kuntum: Sudikah kau mengahwiniku?

365 kuntum: Aku mencintai mu setiap hari.

999 kuntum: Cintaku akan berakhir sehingga penghabisan

1001 kuntum : Menzahirkan kesetiaan cinta selama-lamanya.

Friday, November 19, 2010

BERTEMU PAKAR. [AMARAN : UNTUK MEREKA YANG SUDAH BERKAHWIN SHJ]

8.45 pagi, aku tersedar dari tidur yang lena...langsung tak bersolat Subuh kerana kesiangan. Aduh, pukul 9.00 pagi ada appointment dgn pakar sakit puan kt Klinik Azzahra Bangi. Aku bergegas mandi dan wakyeh menunggu giliran sambil menonton TV..Dalam pukul 9.45 pagi barulah kami bertolak menuju ke klinik dengan perut yang lapar sbb belum bersarapan.

Sampi di klinik, mak ai, ramainye orang.....Aku ke kaunter untuk mendaftar dan ambil giliran. Aku duduk dan tidak lama kemudian. nama di sebut untuk mengambil tekanan darah dan berat badan. Misi tu kata sepatutnya aku datang semalam sebab rawatan susulan elok dibuat masa hari ke 10 atau ke 12. Hari ni dah hari ke 13. Hari tu doktor kata datang hari ke 13...lantakla, jawab aku dalam hati. Lagipun kan raya. Kau pun ckp doktor takda semalam. Selesai misi mengambil apa yg diperlukan dari aku siap timbang berat skali. Berat????? mmmmm...tak turun pun...HAMPOOOO...ini la kesan makan rendang banyak sgt!! Tiba-tiba menyalahkan rendang.

Aku tunggu lagi dalam 20 minit. Kata misi kalau nak pegi bekpes, pergi la dulu. So aku ngan wakyeh mengatur langkah dengan sopan menuju ke kedai makan berhampiran dengan perasaan tidak sabar utk makan dengan lahapnya....Selesai makan, kami kembali ke klinik. Jam 12.10 pm, baru giliran aku berjumpa doktor sampai. Lama juga tunggu...

Dalam kamar doktor bernama Azlina, aku merasa selesa kerana doktornya perempuan. Beliau menyemak laporan pemeriksaan sebelum ini. Dan mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan kedatangan haid aku yang terkini. Selesai sedikit penerangan, doktor ingin membuat scan pada rahim. Aku mengikut seperti yang disuruh doktor dengan berbaring di atas katil yang disediakan. Wakyeh ada bersama memerhati dari sudut sesuatu...hahaha..mcm seram je perkataan sesuatu tu...okey, kembalikan mode anda.... Sambungnye. Setelah semua alat dipasang dan cecair dilap di atas ari2 betul2 bahagian rahim, doktor meletakkan alat scan. Bestnya nampak rahim sendiri dengan berlatar belakangkan black and white color pada monitor mesin tu...doktor kata tak clear sgt. Dia mintak keizinan aku tuk membuat scan dengan memasukkan alat scanner tu melalui faraj aku. Aku pun mengiakan. Sebab doktor tu perempuan. Lagipun pun, 1st level td dia dh buat aku selesa utk dapatkan rawatan dan menerima perundingan dari dia. Why not kalau dia nak masukkan alat itu ke dalam faraj aku untuk tujuan perubatan.

Apabila persetujuan telah dibuat, doktor meminta aku kencing dahulu. Aku ngan wakyeh pun keluar. Aku tunggu di hadapan pintu dalam 2 minit. Aku macam keliru di situ. Doktor suruh aku kencing, tapi dia tak bagi bekas tadah kencing tu??? Aku bercakap dalam hati. Aku ketuk bilik doktor dan bertanya "Doktor, u just minta i kencing terus buang or i kene masuk sedikit untuk urine test?"....."U just kencing n let them out!!"..."ohhh, okey".sedikit peel sengal aku di situ yer!!..choi!!

Setelah selesai membuang hajat, aku menuju kembali ke bilik doktor & let her knows that am ready. Cehhhh.....tadi mase kencing, duk pikir mesti sakit bila alat tu masuk.Aku bayangkan dia macam alat ada jarum atau besi halus masuk ke dalam kemaluan mcm citer Alien...scarryyyyyyyyyyyyy!!!! Aku tersedar dari lamunan....

Aku baring di atas katil dan menanggalkan segala seluar yg aku pakai.Aku baring sajor menunggu doctor menyiapkan diri dengan kelengkapan sarung tangan, alat pelincir dan mesin scanner. Aku perhatiankan perbuatan doktor. Aku taktau binatang tu nama apa. Lepas aku tengok kat google, nama dia VAGINA ULTRASOUND.
                                                           Rajah 1: Vagina Ultrasound.

Doktor masukkan V.U ke dalam faraj aku. Tak la sakit pn. Macam lagi selesa dari tettttttt....Faham-faham la yer. Dr situ doktor scan untuk melihat kedua2 kiri dan kanan kilang telur aku iaitu ovari. Doktor kata saiz telur aku normal dan ianya sangat bagus. Dalam hati aku kata, AWESOME!!!!!!!! Alhamdulillah semuanya normal.


Doktor kembali memberi perundingan dan kali ini khidmat perundingan untuk wakyeh juga. Doktor minta wakyeh memberi sampel air mani untuk diuji tahap kecemerlangannya..hahahaha..macam result periksa pulak. Adalah beberapa perkara yang diperdebatkan dan diperbincangkan....Antara soalan yang diutarakan ialah:

1) Walaupun saya tidak puas, telur saya dan berudu dia masih boleh bercantum ke?
 Jawapan: Ya. Masih boleh.

2) Tiap kali saya bersama, saya selalu sakit. Lepas tu, dah puas tapi bila alat itu dimasukkan mesti saya sakit. Kenapa yer?
Jawapan: Actually it normal. U jgn fikirkan tentang sakit yang bakal u hadapi sebelum zakar masuk ke faraj u. Bila u sudah puas, then u trus pikir, air u akan mula kering dan otat pada faraj u akan mengendur. So the best way is u kene buang jauh2 perasaan takut sakit tu.

Itulah antara soalan yang diutarakan ketikan sesi perundingan yang dibuat. Mesti kenkawan aku yg sangat rapat dengan aku mempunyai perasaan pelik kalau baca post aku yang nie kan..Mesti diorg kata "takkan baby tak tau benda ni??" or "eh, baby tak penah ke rasa sebelum ni. ingatkan advance!!"....HELLO, MAK KAWIN NGAN WAKYEH DENGAN BERDARA, OKEY!!!!!!! Pengakuan julung kali diadakan. Dalam ramai kawan2 rapat, hanya sorang je yang tahu siapa aku dalam kehidupan aku yg pada luaran seperti AMAREKA tp sebenarnya AKULAH WANITA MELAYU TERAKHIR!!! nama org itu tetttttttttttttttttt....rahsia. Dia baca post ni, mesti dia gelak sorang2 kat opis!!!

Selesai saja aku bayar bil dengan berjumlah RM160.00. Ini adalah rawatan kali ke 2. Rawatan kali pertama lebih kurang macam tu jugak jumlahnye..Kalo ada kenkwn yang nk tau knp smpi harga macam gitu, kasi tau aku..nnt aku terangkan....

So, post kali ini tujuannya untuk berkongsi pengalaman. Siapa yang rasa tak selesa, mintak ampun dan maaf la yer......TITIK!!!!!

Thursday, November 18, 2010

MENGIRA-NGIRA......

Mengira-ngira keiginan dan nafsu serakah utk mendapatkan apa yg dihajati dan menjadi impian sekian lama:

1) HP mcm blackburrey tp tak mau AP/Cina punye 1 tuk aku,1 tuk wakyeh.
2) Perfume Original BVL/ The One D&G
3) Kasut gi skolah cap MARRIE CLAIRE
4) Beg/clutch GUESS color pink/black kt parkson grand sbb ade sale
5) Jam tangan GUESS yg original bukan kat downtown
6) Tudung FAREEDA
8) Set penjagaan wajah CLINIC
9) Makeup set Revlon. (wlupn org bangga cap lg mahal,setakat revlon ader aku kesah?)
10) set meja makan kerusi tinggi tuk 6 org.

Ada lagi sbnrnye...ini je yg tersenarai..ngah menahan sabar smpi bulan depan....END YEAR SALE!!!!

Friday, October 29, 2010

Bukan masalah kite???

Hari ke hari rutin aku sama jerdr isnin smpi jumaat,sejak dh masuk skolah ni. Dari 5 pagi smpi 12 tghmalam (bangun tido -- masak -- bersiap -- pegi skolah-- balik skolah -- nutrition club -- balik umah -- masak -- makan -- tengok tv -- tido). kalo hr sabtu skolah ada program,kene jugak bangun pagi..

Pegi skolah karektor pilihan adalah ala2 sporting tp jaga baik yer!!! ko cr pasal, ko kene tanpa sbrg alasan ditrime!!! nak2 bebudak br nak idup ni. bebudak skang bukan boleh nak ditegur. kene masuk geng, sama kepala ngan diorg barulah kalo ko nak marah dia dgr kata..itu pn kalo dia bleh trime ape ko marah tu. kalo tak,mase ko balik kang, keta ko ader la nampak 'corak hasil nukilan artis cilik kebangsaan' bg perkhidmatan pecuma kt ko kasi cantik keta ko tu..nama pn free so corak yg dilukis tak menepati langsung citarasa ko!!! kalo ko tak suka, ko gi la kedai padam....

kesian bebudak skang..cina ker, india ker, melayu ker sama je rosaknye.....sama je perangai dia. selamber beromen kt bilik sempit yg boleh muat 1 meja bilik darjah tu..janji bleh lepas nafsu. ini bukan budak melayu je yg buat, anak bangsa lain pn sama....bila ditegur katanye

'ini biasa la cikgu'

kepala otak kau..kau ingat ni AMAREYKA ke??? dpt tangkap kene buang skolah la bebudak ni..kalo aku, aku kunci kan je dr luar..biar mampos dalam tu empat2 skali. mak ayah besusah payah cr duit kasi ko makan, ko gi skolah semata2 nk buat 'itu'. eloknya ko mase lahir mak ayah buang ko mcm dlm surat kabar tu..buang kt longkang, lombong, sungai & mana2 tempat glamour yg lain. blaja tak pandai takpe, ni kecik2 lagi dh tak bemoral...budak melayu, korang tau la kan perangai diorg setakat merokok, beromen kt skolah, mencuri tu mmg kerjaya tetap la. mana yg dr skolah cina, perangai gengster cina bukit la diorg bwk. majoriti diorg langsung taktau + tak paham BM...bleh suh aku ckp bhs dia br dia paham...setakat mencarut pki bhs kau tau la aku!!! yg india plak style gengster estet kelas A. pastu bleh becinta cam filem tamil kt skolah...senang ckp semua elemen tu ada pd semua bangsa di Malaysia...ni namanye masalah 1 Malaysia...

Takut tul zaman skang ni..bebudak skang lagi teruk dari aku....aku ingat aku ni teruk, ader lagi teruk..aduh...ada 1 hari aku masuk kelas yg majoriti bebudaknye bila ko bg soalan peksa ngan kertas kajang, dia pulang kan balik apa yg ko bg td...betul2 dia tulis nama n tingkatan je..kesian lagi aku ngan diorg..trus aku bg kata2 aluan,

"korang nnt dh abis skolah, terus cr keje tetap. apply keje government ke. jd tukang cuci pn takpe."
"pion cikgu!!!"
"tak kesah la. Janji jgn nnt korang jd pelacur, penagih dadah, perompak, bapak ayam..apa2 la yg tak elok. takpn masuk IKBN or kemahiran kt mana2 kolej...skang taraf idup dh tinggi..kalo ko nk kawin pn..woi budak laki,dengar sini!!!!! konon2 ko nye bakal bini tu setakat PMR je tu pn tak lulus, hantaran tetap 7 ribu ke atas...mana ko nak korek??? paham???"

semua memandang ke arah aku....aku harap paham.

Niat aku post criter ni agar kiter semua bukak mata supaya semua tahu masalah ini. jgn tuding jari pada 1 pihak...yg utama adalah didikan dr umh. Knp kite berjaya skang wlupn dulu kite nakal hingga sanggup selak kain nak panjat pagar, kene tangkap ngan polis sbb fly di subuh hari?? knp kwn2?? sbb mak ayah kite mengingatkan kite.Mak ayah kite tak berenti2 tanya apa perkembangan kite hr. Mcm2 lagi la. Jadi aku minta la kpd kwn2 yg dh ada anak, jgn terlalu AMAREYKA bila mendidik anak2..setakat ko pakaikan anak ko baju jenama BABY PHAT okey je. tu takde hal la...maksud aku pembentukkan dr rumah...beri perhatian kpd anak2 kite smpi dia dewasa. Sbb tu ada anak2 yg masa kecil dia baik, bila dh besar hancur hidupnya. Sbbnye kite berhenti bagi perhatian kt dia....aku ckp bedasarkan pengalaman. so pikirkan....

Mari kita berdoa 'Ya Allah, jauhi semua keturunanku dr segala perbuatan mungkar & sifat keji itu sehingga akhir zaman. Amin"

Sunday, October 24, 2010

MaksUd MeNgaPa????

Mengapa kite di sini???? Tuk diri kite ker @ utk org lain??? Org yg suruh kite disini sll pikir konon2 ini yg terbaik utk kite.Tp org itu tak taupn yg disuruh itu mcm menyerah nyawa kpd hanjing yg makan daging. Tak pikir pn apa perasaan kite. Tak pikir pn kite disini boleh jd gile. Yg dia tau dpt pencen bila tua,ada mase tuk laki & anak2 sbb keje separuh hari. Kite tak mintak pergi cepat,tp masuk sini dh mcm kene tempah batu nisan awal2.

Jiwa kite bukan di sini. Jiwa kita ada dimana2....Penat rasanya memenuhi keinginan org lain. Rasa mahu pergi saja. Meninggalkan mereka yg konon2 mengerti dan faham tentang masa depan kite.

Thursday, September 23, 2010

SeLaMaT Hr RaYa


Selamat hr raya kpd semua kawan-kawan,sanak saudara dan semua org yg beragama islam. Aku minta maaf dr hujung rambut smpi hujung kaki semua kesilapan yg pernah aku buat sebelum ini kepada korang.Yang lepas ni, tahun depan la aku mintak maaf balik ek. Cukup-cukup la takat tahun ni je. Alfatihah aku sedekahkan buat mereka yang telah pergi ke rahmatuallah. Buat arwah mak dan ayah mentua, semoga Allah merahmati roh kalian dan menempatkan kalian dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Balik kepada cerita raya, aku tengok kat Fb masing2 pulun upload gambar raya nieh. Meriah sungguh masing-masing bersama keluarga menyambut hari raya. Macam-macam gaya aku tengok. Semua nak tunjuk betapa meriahnya mereka menyambut hari raya. Dan betapa vouge dan mahalnya baju raya yg sudah ditempah tuk ditayangkan di FB....hahaahah..ader ke yg buat gitu?? Tak baik ko ni dek non, suka riak tau!!! Lite2 dh la....Kenkwn yg shemale pn aku nengok taknak kalah. Kenkwn sarawakian yg bukan beragama islam pn turut join merasai kemeriahan dari sejak mulanya awal ramadhan....aku nengokkan status FB diorg nye lauk beli kat bazar ramadhan aritu mengalahkan kita yang puasa ni. Kehangatan dan kemeriahan dari awal ramadhan hingga ke syawal dinikmati oleh semua kaum kat Malaysia ni...Kalo raya yg lain suam2 kuku je kan.....Yang penting 1 Malaysia!!!!


Perbelanjaan perayaan aku tahun ni sederhana sajo..Sebab lom posting lagi. Baju pun aku pakai yg aku beli tuk sambutan hari guru yg lepas. Wakyeh pun pakai baju Melayu nikah.Tapi aku sempat la belikan dia baju & seluar kat shopping complex Bahau. Aku je yg tak beli apa2. Majoriti perbelanjaan aku 'swap' je..hahaha..bil dh smpi 3 hari lepas...Aku nengok dh separuh dr kredit limit..Menganga aku.Wakyeh taktau lagi.Akan aku rahsiakan.Kalo dia bebel kt aku,dh ada ayat nk jwb..Kalau dia baca blog aku ni, balik kang lepas dia makan sup ketam, mesti dia mintak bil kad kredit aku. Perbelanjaan tu plus ngan hutang sebelum ni la....bayar ansur2 mmg la banyak tu..hikhik...

Sampai di sini saja....

Tuesday, August 17, 2010

3 bulan lagi

Hola..hola....holiiiiii~~~
Selamat berpuasa kepada korang yg beragama muslim seluruh dunia.....Berpuasalah kita dari segala perbuatan yg mungkar dan keji apatah lagi yg haram....mana yg dituntut itu,perbanyakkan la yer...

Criter arini aku nak kongsi ngan semua teman2 dari utara smpi selatan,barat hingga ke timur. Criter tentang appointment doktor yg aku kira tarikh yg diberikan pd aku agak nonsense kata org putihnye.

Bulan ni adalah bulan 2 aku mengalami masalah datang bulan yg pada pemikiran aku serius la.Sbbnye yg kluar hanya coklat2 shj tanpa darah kotor...Biasanya ini adalah tanda2 org pregnant. Sebelum tu aku dh buat UPT sendiri dan resultnya adalah -ve.Disebabkan kemusykilan itu, aku pn ke klinik Z tersebut dan UPT skali lagi dijalankan. Resultnye juga -ve. So doct menyarankan aku berjumpa pakar sakit puan di klinik yg sama esok hari. Surat refer pn dh siap. Tapi malangnya PM wakyeh tak cover tuk pakar plak....Jadinya kami decide nk pegi Hospital S.

Pagi ni aku ke Hospital S dgn membawa surat refer dari doktor Klinik Z.Mcm biasa la kalo hospital gomen, nk jumpa pakar kene buat appointment. So aku pegi bahagian sakit puan dan letaklah surat yg td tu dlm bakul yg disediakan. Lama jugak aku tunggu. Buang masa setengah jam tuk dptkan appointment. Kata misi kat situ, kene buat appointment dulu dik.Besok baru boleh jumpa doktor. Hari ni tak boleh. Aku berkeras jugak nak buat hr ni sbb bukan senang nak dpt cuti atau separuh hari di tempat keje aku skang.

Sambung balik crite misi brown tadi, sempat jugaklah dia membebel kat aku knp tak gi hospital K jer sbb alamat aku area hospital tu & blah...blahhh...blaaaaaa... "Oi misi.....suka hati aku la nak dtg mana. Rumah aku dekat kot ngan hospital S ni...." ni dialog dlm hati.Aku ckplah,
'dekat ngan rumah sy. Rumah sy Sg Ramal saja ma."....dia bwk surat aku td kat doktor tanya bleh tak aku buat check up arini. Tak lama tu, dia pn dtg balik. Dia kata, "doktor suruh datang bulan 10 atau bulan 11 shj tuk oppointment!!!! skrg sudah penuh......." dan aku menjwb " tak payah la..lambat sgt" dengan nada yg tinggi. Aku ngan wakyeh blah je..hangin menunggu 1 hal, hangin tak bleh checkup hr ni 1 hal lagi, yg lagi hangin appointment lagi 2, 3 bulan.....kalo nyawa aku tak panjang tk sempat nak jumpa pakar. Punca kematian pakai result makmal bedah siasat je la gamaknye.

Pastu wakyeh bawak aku gi klinik kat Dengkil. Opismate Wakyeh kata, PM cover kalo nk buat scanning semua kat klinik ni. Aku rasa mcm semua klinik sama je. Lagipn bawah level eksekutif, mana ada cover semua tu. Setakat demam skit2 adalah. Tapi kalo tak cuba tak tau kan..Kami pegi jugak la ke Dengkil. Masuk je klinik, trus tanya misi kat situ dulu PM Care cover tak kalo nk buat scanning perut. Kata misi, kalo mengandung 28 minggu ke atas PM cover.Yang lain tak...tp aku bukan nak scan tuk pregnant...scan lemak yg dh berketul dlm perut ni yang makin membesar dan membesar.

Kami kluar dan balik ke rumah ngan wajah yg penuh kehampaan. Dan aku menangisi nasib malang yg aku hadapi skang. Dalam perjalanan aku suh wakyeh bwk aku pegi klinik Muhibah kat umah aku tu je..Klinik ni tak boleh scan tp boleh la nak check benda yg kecik2 & sedikit consultation. Aku pn criter masalah yg aku alami...Dan doktor kata aku ni terlebih hormon perempuan. ha???? patutlah aku ni cantik.,....hahaha....mmmmmm.....no komen. Habis borak ngan doctor, aku mintak doktor MC hr ni. MC sbb bengang dari pagi smpi tengahari tak dpt jumpa doktor pakar...malas nak masuk opis sbb emosi aku tak stabil...

Moral of the story:
1) Kita perlu berusaha tuk menjadi kaya tuk dapat perkhidmatan yg terbaik dalam dunia ini. Ada duit, semua boleh jadi.

2) Kalau kau miskin atau sederhana kehidupan kau, kau pegi hospital gomen je lah yg kene menunggu smpi berejam2..tak pn tunggu appointment lagi 3 bulan. Kalau kau ada duit, kau pegi swasta, hari tu jugak result ko dpt.

3) Belajar tinggi2 atau pandai2 tuk bekerja dapat pangkat/kedudukan level eksekutif ke atas. Sebabnya boleh cover semua perubatan ko dari selsema biasa smpi tahap ko tak tau nak buang hingus kat mana.& semua anak kau yang 18 org tu dia akan cover jugak!!!!!

4) Tak semua org paham kepentingan belajar tinggi2 atau berusaha nak bekerja keras demi masa depan. Sebab dia tak boleh nampak masa depan tu. Di carutkan 10 kali pn tak paham2....

Wednesday, August 11, 2010

NANTI SY MARI MAU BAWAK KETUA KG!!!!!!!

Ayat tajuk di atas adalah dialog yg dikeluarkan oleh owner sebelah umah sewa aku ni. Dia baik punya sound wakyeh ngan ayat gengster estet dia. Korang mesti tetanya2 apakah cerita sebenarnya, kan???? jeng...jeng..jengg~~~

Cerita dia camni. Lepas berbuka kt umh ibu, aku ngan wakyeh balik la ke rumah. Aku nampak owner sebelah rumah tengah berdiskusi ngan 1 family ni. Dalam hati aku, terdetik jugak takkan penyewa umah dia yang baru kot.Yang ada dalam rumah tu pun elok je duduk. Lantak la diorg.Malas campur. Lagipun owner tu kaki tingtong. Aku masuk umah terus pergi bilik air nk buang hajat & ambik wuduk. Aku dengar wakyeh berckp ngan org. Aku jerit la tanya sapa tu. Dia kata family yang berborak dgn owner umah sebelah nak jumpa aku. Aik, ape kehenye ni????
Aku lom sempat nak bersolat, terus gi jumpa family tu. Katanya dia nak menyewa umah sebelah ni tapi nak tau umah tu ok ke tak. Owner tu kata penyewa yg duduk skang susah nak bayar. Aku cam terpikir plak, penyewa sebelah ni takkan payah nak bayar kot pastu sama kaum plak ngan owner. Lagipun penyewa tu bekerja elok je, sbb dia pakai keta pesona, aku mcm pikir diorg keje okey la & gaji stabil. Aku tak penah bertegur ngan jiran sblh sbb dia pandang aku pn taknak.

Tengah aku berborak dgn family tu, wakyeh pn datang menyampuk. Dgn bersungguh & siap gaya pertandingan bercerita, wakyeh bgtau masalah sbnr rumah tu dgn family ni yg kami difahamkan br smpi dr Kuantan 3 hari lepas sbb si suami transfer ke Putrajaya. Last minute nk cari umah. Bila family ni dengar je wakyeh nye cerita, trus diorg rasa berat hati & tak jadi nk menyewa. Diorg pn berbincang ngan owner tu balik & bgtau tak jd nak sewa. Mengamuk owner tu. Hahahaha...padan muka. Sebelum ni, kau dtg kutip duit tak kene mase, kenkdg smpi tengah malam siap gegar pagar umah tu mabuk2 ,mintak duit ko nk beli todi, kan???...Wakyeh bercerita ngan family ni pn niat nk membantu. Kesian diorg terdesak nk cr umah sewa, dpt plak owner yg mcm takde etika ni. Memang tu umh dia. Tapi beragak la bai, ko nk collect duit sewa tengah bulan, tengah2 malam ngan kau mabuk lagi. Sib baik kejadian sblom ni si adik tlg leraikan. Pastu halau penyewa sblom ni taknak pulangkan deposit. Mmg psiko la dia.

Bila dh family yg tadi tu kata tak jd. Owner ni mengamuk la.Dia siap maki lagi & ckp kitaorg cerita buruk pasal dia. Then owner tu blah ngan keadaan marah. Pastu family ni pn gi la tanya penyewa yg masih ada di rumah itu. Penyewa tu pn cakap better dont la. Cari la rumah lain. See.....we huv an evidence yg owner tu bermasalah sbnrnya.

Family tu lepas dh borak ngan penyewa td, dia dtg umh aku plak bgtau yg dia tak jadi nk sewa. Kami pn jemput la diorg masuk...Aku hidangkan air teh o panas. Tengah aku duk tuang air, aku nampak org berkulit hitam berbaju biru kt luar panggil aku suh dtg kat dia...Alamak...owner psiko dowh!!!! Aku kata kejap. Aku suh wakyeh kluar pergi tanya dia nak apa. Aku plak dh tak tentu arah. Aku plak kluar. Ape yg aku dpt tangkap ayat dia " Td itu org ckp mau sewa rumah, lepas dia jumpa u trus dia tak mau. U ckp apa sama dia??? U cerita buruk pasal saya?? U jgn main2 aa. Saya panggil ketua kampung datang jumpa sama u. U jgn ingat sy tak tau u pn sewa ini rumah" Pastu dia blah naik keta iswara biru. Wakyeh pun jerit " Oiii...tunjuk samseng plak". Aku rasa dia ni salah org la nak gertak...Kami memang la menyewa kat sini tp umh yg aku sewa ni umah pakcik aku, parent aku duk kat jln belakang ni jer...ko pehal plak nak sound camtu. Si wakyeh ni mmg dr lahir dia duk Sg Ramal ni..Bapak aku plak, tak yah cakap la, nang pu ti nang kwee puti kwee. Malas nk kasi tau. Pastu ape kaitan ko ngan nk panggil ketua kampung dtg ke taman perumahan ni??? Kang wakyeh panggil ketua imam sg ramal yg duk depan umah kami ni, ajar ko mengucap, baru tau!!!...Nak tunjuk samseng....cetttt!!!

Lepas owner tu berambus dlm kebengangan, family td tu plak dah cemas. Tangan aku dh menggigil sms abah ngan adik...bgtau ada owner sebelah umah dtg menyerang.Dia tak sangka plak bleh jd smpi gini. Niat nak cr umah sewa jer. tup..tup...balah pulok.....siyer kok dio. takde rezki..

So, korang berhati2 dengan owner umah sewa yer. nasib2 la dpt yg tak baik..yang penting agreement.

k...till here

Monday, August 9, 2010

EKAU KONO SABAR BANYAK-BANYAK

Alhamdulillah, kita masih diizinkan Allah utk bernafas di buminya ini sehingga ramadhan kali ini.Moga ramadhan yg akan dtg,kita masih bisa benafas lagi.

Aku mcm biasalah, bulan posa ni maybe berbuka bersama kat umh abah & ibu. Tompang sekaki.hahah...Duk pikir, skang ni sepatutnya aku yg bagi makan & minum kat ibu ngan abah.Tapi skang masih nak menumpang jugak lagi.

Sejak aku tak bekerja, hubby sorang je yg bekerja. Perbelanjaan menampung keperluan rumah tersangat la terhad & semuanya dia yg tanggung. Nasib baik ada adik ipar, yg turut membantu wlupn aku tau, dia buat kerana terpaksa. Dia dah menolong cukup baik. Kadang-kadang kami ikat perut bila dh tengah bulan. 3 bulan jer lagi kami perlu bersama mengharungi kesusahan ini. Bila aku start mengajar bulan 9, so gaji akan dpt bulan 12 atau januari 2011. Macam tulah nak keje gomen.3 bulan menjd org susah. Tapi belum sampai sesusah mereka yg dlm rancangan BERSAMA MU TV3 tu.

Dulu kalau pikir duit tak cukup, aku mesti mengamuk sakan. Tapi sekarang, aku macam pasrah je. Pelik juga. Mungkin kaedah aku didik diri aku agar positif tu, berjaya kot.

Bak kata pepatah,
"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Sekarang kamu melihat aku tiada apa, suatu hari & hari seterusnya, aku adalah antara mereka yang berjaya dalam hidupnya. Memang perjalanan hidupku meniti kejayaan itu sangat jauh & tak sepantas seperti kamu yang sekarang sudah boleh bermegah dgn kereta 'power-power' dan kami sekadar punya sang Kenari yg berkulitkan harimau, yang dihiasi bunga dari kedai bunga. Masa itu kamu dan kamu, akan segan dan rasa ingin menarik balik kata-kata kamu dahulu kepada ku dan ingin bersujud. Tak payah bersujud or sembah ratu bagai . Sujud kepada Allah sahaja.Lagi afdal.

Aku selalu fikir, ada orang lagi susah dari aku. Ada kawan-kawan yang sama menunggu panggilan untuk dipostingkan di mana-mana sekolah di seluruh Malaysia, juga mengalami nasib seperti aku dan mungkin juga lagi parah kerana mereka punya anak. Sabarlah kawan-kawan. Dugaan ini Allah beri kepada kita kerana bersebab. Bukan mudah jika ingin mengecapi kesenangan dan kejayaan, kalau kita tidak merasakan kepayahan dan kesengsaraan terlebih dahulu.

Aku teringat, dulu aku pernah menghulurkan pertolongan kepada seorang teman masa dia dalam kesusahan. Sebagai balasannya, mungkin ada insan yang lain yang akan membantu aku seperti mana yang aku lakukan dulu. Tak tau siapa dan tak mungkin dia.

motto hari ini "EKAU KONO SABAR BANYAK-BANYAK"

SEKIAN~~~

Saturday, August 7, 2010

Kotak itu aku buka.

Salam..Di tengah malam yg hening bertemankan kipas di bilik & PC yg skrinnye bewarna kuning ,idea utk mengarut malam-malam ni memang best tuk dikarang walaupun ayat & perkataan pasar digunakan.Memang tak patut sebenarnya kalo kita mengambil kira & pikirkan ape yg org kata.Kalo dh cikgu tu,mesti ayat2 nye 'skema' diikuti dgn tingkahlaku & personaliti juga perlu menggambarkan seorg pendidik. Okey, am agree with that, tp sape la aku tuk menahan jiwa dan pemikiran aku yg boleh dikatakan bebas & ingin kluar dr kepompong itu. Pengalaman bekerja di sektor-sektor selain pendidikan, menyukarkan aku tuk mengadaptasikan jiwa dan diri ke alam pendidikan yg baru aku langkahi..wah..tengok tu , ayat aku dh skema.

Anyway, when we talking about fashion,personality & style, sebenarnya sangatlah selesa kalo kita jadi diri sendiri dan kita lihat diri org lain sebagai panduan untuk kita perbaiki kekurangan pemilihan 3 elemen itu utk membentuk siapa diri kita. Seperti remaja dan aku dulu juga pernah remaja, lebih cenderung untuk memilih gaya seperti artis yang kita minati terutama artis luar negara.

Tapi seingat aku, mase zaman belajar kat 'U' dulu, aku tak la follow sangat gaya artis luar negara atau artis kt malaysia ni. Aku lebih selesa pilih pakaian yg aku suka. Contoh jeans & t-shirt. Pergi kelas pun t-shirt berkoler & seluar biasa pastu kasut plak sport shoe tp brand baik la, CONVERSE okey!!! Bila keluar pergi dating ngan WAKYEH (now my hubby) pakai mcm tu jer or sandle, tak pun heel 1 inci. Naik motor time tu. Takkan nak bawak kereta abah pergi bercinta. Pergi kelas boleh la. Boleh dikira dengan jari nak pakai skirt. Kalau nak keluar gi berhibur dilarut malam, tetiba teringin nak pakai skirt, aku pinjam kawan jer. Me & short skirt??? Totally not a good friend. hahaha.....tak lucu. Tapi ia benar. Dan aku pernah merasakan, kawan-kawan yang rapat, kalau nak borak dengan aku topik fesyen, itu bukan topik yang sesuai. hahaha..Memang aku tak kisah....I am totally simple & i dont wanna spent my PTPTN on it..minyak kereta, buku, yuran, nak tampong kelab punya kewangan lagi.adui...bejimat dekat benda lain. Nasib baik masa tu tak pakai tudung lagi. Jimat skit duit nak beli tudung...hahahaha

Bila berangan bab nak bershopping, nak beli apa, brand tu 'meletop' tak, trendy ke design dia?, memang itulah yang keluar kat kotak angan-angan kita, kan??? Akhir sekali baru pikir, harga dia. eeee...mahal, tak mampu lagi la.Kena tunggu next month or another 4 months..hahaha..Tapi tak terpikir pulak nak cari semua yang diidamkan kat bundle. Memanglah kusam dan macam lama. It still worth tau kalau uolz pandai menggayakan. i bought 2 beg from bundle shop & tajuk beg dia COUCH & LV dengan harga RM10 setiap satu. Kedai tu kat seksyen 5 B.B Bangi. Kali kedua dan berkali-kali jugak lah aku ke situ, takda dah jual. Yang ada beg cap *&^%, tak ingat cap apa sbnrnya. Baju pun aku sering di sponser oleh pengusaha bundle iaitu http://theroute60.blogspot.com/ . sponser ke????? hahaha..mampos mengamuk cik mimi paloma...aku promote kan. Miss mimi juga sekarang ni juru runding imej aku yang tak berbayar. Kawan sampai mati, haruslah FOC segala.hahaha...kunjungilah laman itu. Nanti, kalau aku senang, aku akan postkan gambar aku berpakaian THE ROUTE 60 yer...

Sampai sini aje mengarut aku dgn tajuknye yg takda kaitan dengan isi.

Tuesday, June 8, 2010

LIFE BCOME 30

Seperti tertera pada tajuk,lagi 2 tahun aku bakal menginjak ke umur 30 tahun.Ini bermakna tahun ini umur ku 28 tahun. Pada usia ini jugalah,bermulanya perjalanan hidupku mempunyai karier yang tetap. Sebelum ini setelah bergraduan, aku hanya bekerja berstatus kontrak dan sambilan sebagai Pembantu Penyelidik di salah satu IPTA di negara kita selama lebih kurang 3 tahun. Pelbagai pengalaman aku dapat apabila berkerja 'berbos' kan seorang yang digelar pensyarah. Ada suka,ada duka.Ada tangis, ada tawa. Ada caci, ada pujian. Bukan aku tidak berusaha untuk mencari pekerjaan yang lain ketika itu, mungkin tidak ada rezeki. Saudara mara ada yang mengejek, ada degree tapi tak dpt kerja. Aku hanya diam kerana aku tahu suatu hari pasti rezeki itu akan ada untuk ku.Tak pernah aku impikan bergelar seorang guru.Tapi inilah takdirnya. Aku seorang guru.Rezeki ku di medan pendidikan.