[Kita yang dulu]
Kamu,
Baru semalam aku rasa,
kita makan dan minum bersama,
menikmati hidangan sepinggan secawan yang sama,
bersama menari digelanggang yg ternama,
bersama clubbing niat bersuka ria, menangis juga kita bersama,
bermain UNO kesukaan kita,
Kemana sahaja kita berlima,
Walau carut mencarut bahan gurauan kita,
Itulah kekuatan cinta & kasih sayang kita.
Kamu
Kini kita tidak lagi makan dan minum bersama
kita tidak lagi menikmati hidangan sepinggan secawan bersama
kita tidak lagi menari digelanggang yang ternama
kita tidak juga clubbing niat bersuka ria,nangis juga bersendirian sahaja,
kita tidak lagi bersama bermain UNO kesukaan kita
ke mana sahaja kita tidak lagi berlima
dimana hati kita??
Kamu,
Hati dan perasaan tidak bisa menipu diri,
mungkin hanya mampu berdiam diri,
kerana memori itu masih dalam minda sempit ini
rindu,cinta dan sayang kita takkan mati
walau sampai akhir hayat ini
mungkin kerana punya hal sendiri
kita tidak bisa bersama lagi...
Tapi saya tetap sayang kamu semua hingga kini.
1 comment:
Aku sayang kamu juga.. Kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu...... KAmu semua aku sayangi......
Post a Comment