Monday, August 9, 2010

EKAU KONO SABAR BANYAK-BANYAK

Alhamdulillah, kita masih diizinkan Allah utk bernafas di buminya ini sehingga ramadhan kali ini.Moga ramadhan yg akan dtg,kita masih bisa benafas lagi.

Aku mcm biasalah, bulan posa ni maybe berbuka bersama kat umh abah & ibu. Tompang sekaki.hahah...Duk pikir, skang ni sepatutnya aku yg bagi makan & minum kat ibu ngan abah.Tapi skang masih nak menumpang jugak lagi.

Sejak aku tak bekerja, hubby sorang je yg bekerja. Perbelanjaan menampung keperluan rumah tersangat la terhad & semuanya dia yg tanggung. Nasib baik ada adik ipar, yg turut membantu wlupn aku tau, dia buat kerana terpaksa. Dia dah menolong cukup baik. Kadang-kadang kami ikat perut bila dh tengah bulan. 3 bulan jer lagi kami perlu bersama mengharungi kesusahan ini. Bila aku start mengajar bulan 9, so gaji akan dpt bulan 12 atau januari 2011. Macam tulah nak keje gomen.3 bulan menjd org susah. Tapi belum sampai sesusah mereka yg dlm rancangan BERSAMA MU TV3 tu.

Dulu kalau pikir duit tak cukup, aku mesti mengamuk sakan. Tapi sekarang, aku macam pasrah je. Pelik juga. Mungkin kaedah aku didik diri aku agar positif tu, berjaya kot.

Bak kata pepatah,
"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Sekarang kamu melihat aku tiada apa, suatu hari & hari seterusnya, aku adalah antara mereka yang berjaya dalam hidupnya. Memang perjalanan hidupku meniti kejayaan itu sangat jauh & tak sepantas seperti kamu yang sekarang sudah boleh bermegah dgn kereta 'power-power' dan kami sekadar punya sang Kenari yg berkulitkan harimau, yang dihiasi bunga dari kedai bunga. Masa itu kamu dan kamu, akan segan dan rasa ingin menarik balik kata-kata kamu dahulu kepada ku dan ingin bersujud. Tak payah bersujud or sembah ratu bagai . Sujud kepada Allah sahaja.Lagi afdal.

Aku selalu fikir, ada orang lagi susah dari aku. Ada kawan-kawan yang sama menunggu panggilan untuk dipostingkan di mana-mana sekolah di seluruh Malaysia, juga mengalami nasib seperti aku dan mungkin juga lagi parah kerana mereka punya anak. Sabarlah kawan-kawan. Dugaan ini Allah beri kepada kita kerana bersebab. Bukan mudah jika ingin mengecapi kesenangan dan kejayaan, kalau kita tidak merasakan kepayahan dan kesengsaraan terlebih dahulu.

Aku teringat, dulu aku pernah menghulurkan pertolongan kepada seorang teman masa dia dalam kesusahan. Sebagai balasannya, mungkin ada insan yang lain yang akan membantu aku seperti mana yang aku lakukan dulu. Tak tau siapa dan tak mungkin dia.

motto hari ini "EKAU KONO SABAR BANYAK-BANYAK"

SEKIAN~~~

2 comments:

AYONG ARIEF said...

Kita ni amat bertuah Baby....kita lalui kesusahan, kepayahan dan keperitan sebelum didatangkan kemudahan......Pastinya kita akan lebih matang n bijak dalam membuat penilaian n percaturan hidup selepas ini......Insyaallah adik ku yg disayangi...aku pasti kebahagiaan itu milik mu n deris yg setia sejak dulu........Love u loads!

Unknown said...

yer la kak.semua dugaan yg kite lalui byk iktibar yg boleh diambil tuk mase depan...tak nyesal pn muda2 dh berfoya sakan.at least merasa...skang takda la susah sgt, tp tak cukup je..