Saturday, November 20, 2010

Number Of Roses

Sebut pasal bunga rose, aku tau tak semua org perempuan suka sebenarnya..Dulu masa aku skolah, adalah kawan aku ni ngah angau becinta. Boyfren dia duk post surat pakai alamat kenkwn yg duk luar. Almaklumlah kalo bg alamat skolah, warden asrama yg baca dulu.Mesti la kantoi kan? Boyfren dia siap bg bunga rose kering masuk dalam sampul surat. Aku ni perhatikan je. Kalo aku jadi dia, baik aku mintak coklat drpd bunga. Kalo coklat bleh gak bila aku makan menghilangkan stress. Kalo bunga, kering, besepah, busuk..eeee..rugi. Aku merungut sensorang. Padahal sbnrnye cemburu..hahaha....

Sedikit informasi yg aku translate untuk tatapan pembaca blog aku yg budiman tentang makna yg tersirat disebalik bilangan bunga rose yang telah atau bakal anda terima daripada org yg tersayang, kekasih gelap, shuben @ sugardady, anak ikan dan sbgnye. Rajin plak aku nak translate. Bukan apa...tak semua org faham english language ni..mcm aku.....huhu..


1 kuntum : Jatuh cinta pada pandang pertama. Sekuntum bunga rose, tidak kira warna apa, ia menggambarkan kesetiaan yang begitu agung kepada pasangannya. Dia macam menggambarkan seluruh jiwa ragaku, ku serah padamu. Gitu la....

2
kuntum: : Antara anda dengan pasangan mempunyai perasaan yang sama iaitu saling mencintai dan ingin bersama dalam dunia anda berdua sahaja. Lebih kurang la cam gitu. Ianya lebih bermakna jika bunga rose itu berwarna merah.

3 Kuntum: Ia menggambar 3 perkatan dalam percintaan yang paling famous iaitu "aku cinta kamu" atau omputih kata 'i love you'. 

5 kuntum:  I love you very much @  Aku sangat cinta kamu.

6 Kuntum : I love you, I miss you.@ Aku cinta, aku rindu. Lambang kezahiran yang diperlukan untuk dicintai dan dihargai.

7 Kuntum : Aku mabuk/angau/gila bayang dengan kamu. [Ni kalo exbf or duda korang datang merayu2,suh la dia bg kt ko bunga 7 kuntum.haha]

9 kuntum: Bersama hingga ke hujung nyawa.

10 kuntum : Kamu seorang yang cantik.bukan kacak eh..tak sesuai.

11 kuntum: Kau bagaikan harta yang paling berharga dalam hidupku.  Ayat macamni sll digunakan utk meyakinkan kepada pasangan kita bahawa cinta kita begitu mendalam kepada dia.

12 kuntum: Be my steady @ jadi gf/bf secara berterusan/tetap.

13 kuntum: Kawan sampai bila-bila. Juga boleh melambangkan ada kekasih senyap atau secret admire menunggu utk blind date/ bertemu.

15 kuntum: Saya mintak maaf sangat-sangat.

20 kuntum : Saya ikhlas terhadap awak .

21 kuntum: Saya betul-betul nak kat awak.

24 Kuntum : Kau sentiasa didalam fikiranku. 24 kuntum ini juga melambangkan 24 jam kau memang ingatkat dia je..takdalah ko ingat nak berak ke, nak makan ke, sms awek 1 lagi ke...

36 kuntum: Saya akan mengingati setiap detik romantis kita. 

40 kuntum : Cinta saya adalah luhur dan suci.perkataan lain benar,telus, tak la tipu punyer...

44 kuntum: menjaminkan kesetiaan yang berterusan dan cinta ini tidak akan berubah.

50 kuntum: menunjukkan cinta yang telah matang dan ia tidak akan ada penyesalan keatas pasangan kita.

99 kuntum: Aku cinta padamu sampai aku mati.

100 kuntum Aku benar-benar setia pada kamu. Menunjukkan paduan 2 pasangan yg sehati sejiwa dan sanggup bersama sehingga mati atau beribu tahun sekalipun.

101 kuntum: Kaulah satu-satu milikku.

108 kuntum: Sudikah kau mengahwiniku?

365 kuntum: Aku mencintai mu setiap hari.

999 kuntum: Cintaku akan berakhir sehingga penghabisan

1001 kuntum : Menzahirkan kesetiaan cinta selama-lamanya.

2 comments:

ILHAM AIRID said...

yg hado.....! dah kawen..sekuntum pon den x dapek..! hahaha! katenye.., lebey baik wat mkn2 ke..boli susu ank ke.. huhu :8P

Unknown said...

samo la...tak ponah eh dapek.....kedokut ko akp ko xtau la...itu semua alasan....