Tuesday, October 16, 2012

I.M.P.I.A.N

Dulu masa usia remaja, saya suka berangan suka jugak bermimpi. Sebab ia 1 terapi bila  saya susah hati. Saya tau kalau malam ni saya berangan sebelum tidur, komfem esok saya bangun akan keluar satu ketulan jerawat kat muka. Harus pagi esok orang akan tegur "berangan nak kawin la tu?!!",Saya mengerut muka. "Bukanlah!!!".

Ibu selalu kata saya ni kuat berangan. Bila berangan nak dapat duit banyak, semua benda saya nak buat. Ibu marah lagi.  Ibu kata, "apesal banyak sangat benda ko nak buat? Buat satu-satu dulu. Jangan pandai berangan jer." Lepas tu sampai sudah saya tak cerita kat orang apa yang saya angankan selama ini.

Penah satu hari masa saya darjah 3, abah bawak kami adik beradik yg masa tu hanya ada saya, kakngah, dikling ngan epit. Boboy blom lahir lagi.Abah bawak kami jalan-jalan KL sampailah ke satu kawasan penempatan orang kaya-kaya kat Bukit Damansara. Abah kata, tujuan abah bawak kami adik-beradik jalan kat sini supaya kami boleh pasang impian nak duduk umah besar-besar, nak jadi kaya sebab nanti abah ngan ibu boleh menumpang. Saya sebagai yang paling tua, antara faham dengan tak kata-kata abah. Saya biarkan k/ata-kata tu berlalu pergi. Tak sangka saya masih ingat sehingga kini.

Kita sebenarnya punya impian biasa. Tapi terhenti dek perkataan  kalau besar impian, mesti besar jugalah halangan nk dapat. Mesti susah nak capai. Tak pecayalah. Nanti orang kata angan-angan mat jenin jer. Kita pun takut orang kata kat kita "cakap jer tu, ko tengok la nanti..mula2 memang la besemangat. Lama-lama nanti takdanya tu. Nak kaya konon!!". Bila orang cakap mcmni kat kita mulalah kita down & stop utk pasang impian besar-besar. Sebenarnya dalam hal ni sapa yg rugi?? Diri sendirilah. Sebab kita takut org akan ejek kita. Sapa diorg tu nak gelakkan impian kita?? Kita susahkan diorg ke? Ada kita suh diorg capaikan impian kita tu?

Kita sendiri pn perlu ingt bhw apabila kita memulakan sesuatu utk capai impian itu dari bawah, hanya arah ke atas sahaja yang ada. Takkan ada ke kiri atau ke kanan.Oleh itu, teruskanlah wlu apa jua cabarannya. Mungkin sesekali kita perlu berfikir sejenak utk menguatkan strategi & perbaiki kelemahan. Yang penting JANGAN BERHENTI!!!

Kita juga perlu berpegang dgn kuatkan azam utk kecapi impian. Tempuhi segala cabaran & dugaan dgn baik. Pasti diakhirnya kita akan ketemu ganjarannya. Jadi, setiap kali kita hadapi kesukaran, masalah dan cabaran semasa sedang mahu mencapai IMPIAN kita, fokuskan minda kita kepada keseronokan yang bakal kita kecapi tidak lama lagi.
INSYAALLAH......

No comments: